Sunday, March 28, 2010

Permata Hati...




Luangkan seketika waktumu…
Buka luas kedua-dua matamu…
Lihat kedut-kedut pada wajah…
Ibu bapa tersayang…

Cuba kau bilang cuba kau hitung…
Betapa kedut seribu yang terpamer…
Di sebalik senyum manis terukir…
Sebenarnya adalah cerita…
Untuk kita renungi…
Buat seorang anak…

Lewat sembilan purnama lamanya…
Kau penghuni setia…
Di sebalik kulit tebal perut ibumu…
Biar terasa berat..,payah..,sukar….
Terkadang mual menahan alah…
Sensitifnya deria mengundang susah…
Untuk duduk baring terasa perit…
Mengaduh sakit hanya sendiri yang mengerti…
Menanti saat pasti…
Menyambut lahir seorang bayi…

Renung pula episod sukar…
Bertarung nyawa seorang ibu…
Sakit kepalang menanti saat itu…
Terkadang tidak sempat bidan menjenguk…
Waktu itu apa sahaja mungkin terjadi…
Sedang ayah mundar mandir resah menanti…
Saat pasti untuk menyambut lahirnya bayi…

Berputar masa seperti janji yang termetri…
Syukur ayah ibu engkau lahir sudah…
Biar sukar mencari rezeki sesuap nasi…
Himpunan susu ibu yang telah engkau teguk…
Jerih ibu, payah ayah, resam biasa…
Biar meraung engkau di dinihari…
Dirimu tidak pernah dibiar sendiri…

Bukti apa ingin engkau pinta…
Betapa kasih sayang mereka tiada bertepi…
Masakan dari sekecil dua jari…
Kini dewasa engkau penuh bergaya…
Mewarnai dunia ini…
Suka duka sukar suram…
Ibu ayah tetap bersama tiap ketika…

Duhai anak…
Membesar engkau sebenarnya bersama harapan…
Doa ayah ibu buat dirimu duhai anak…
Mahar apa perlu engkau bayar…
Atas pengorbanan kesusahan telah tercurah…

Di penghujung munajat mereka…
Tiada apa yang diharapkan cuma…
Jadilah engkau pelita…
Penyejuk mata penawar jiwa…
Agar sama dapat rasa gembira…
Bahagia di dunia dengan anak baik akhlaknya…
Bahagia di barzakh dengan doa anak-anak solehnya…

Berjanjilah pada diri…
Wahai aku yang bernama anak…
Harapanmu ayah ibu takkan kuhampakan…
Selagi hayat dikandung badan…

Wahai Tuhan…
Kurniakan aku kekuatan…
Moga tercapai hasrat impian…
Doaku padaMu…,ampuni ayah ibu…
Serta kasihani keduanya…
Sebagaimana aku telah dikasihi…
Sejak dari kecil lagi…

Monday, March 22, 2010

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN


Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" tanya anak itu.
Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia.Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.
"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya.Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Wednesday, March 17, 2010

Rahsia Keajaiban Solat

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

www.tayibah.com

Sunday, March 14, 2010

buAtMU "Bakal IMamKu"...



Untukmu Bakal "IMAM" ku...yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptaMU..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..
Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih
tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan
Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku sebahagian kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan abi mereka.

Berikanku sepenuhnya
sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku,
hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…

Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung
cinta dari DIA Maha Esa…

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…

....siiru 'ala barakatillah..

~sahabatmu yg dekat~

Monday, March 8, 2010

secangkir puisi buat sahabatku




sumbngn dari: elaksmana bloger


Kata-Kata Berhikmah

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.

Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

~sahabatmu yang dekat~

Wednesday, March 3, 2010

Pergimu Tiada Pengganti...


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah dia wahai anakku?” ”Maaf ayahku, aku tidak tahu, pertama kali aku melihat orang sepertinya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti kedatangan rohmu. Semua pintu syurga terbuka lebar,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih menunjukkan baginda cemas.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin hampir untuk Izrail melaksanakan tugasnya. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Kelihatan seluruh tubuh Rasulullah bermandi peluh, urat-urat lehernya menegang. ”Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pembawa wahyu itu. “Siapakah yang sanggup untuk melihat kekasih Allah dicabut rohnya,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya kematian ini, timpakan saja semua kesakitan sakaratul maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali mendekatkan telinganya.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara kamu.” Di luar, tangisan mulai kedengaran bersahutan, sahabat-sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kepada seluruh alam ini. Kini, mampukah kita mencintai baginda seperti cintanya terhadap kita? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasohbihi wasallim. Betapa dalam kecintaan Rasulullah kepada kita.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak...

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails