Showing posts with label aktiviti- makan. Show all posts
Showing posts with label aktiviti- makan. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Durian oh durian...!!!

Assalamualaikum... kali ni nak post sikit pasal jamuan durian di Kem Perik. Ok, bagi meringkaskan cerita, saya cerita ikut turutan gambar saja ya.

Lokasi : Kem Perik
Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 3-6 petang

Kami berkumpul di hadapan asrama pada pukul 3 petang dang bertolak ke kem Perik pada 3.30 petang. kami ke sana dengan menumpang kereta sahabat-sahabat dan ada juga yang menunggang motor. Beberapa orang pensyarah dijemput untuk menghadiri jamuan ini antaranya Ustazah Nazrah sebagai penyelaras Mentormente di Ipda, Ustazah Fadzliyah, Ustaz Azhar dan Ustaz Asri. Kehadiran ustaz ustazah bersama keluarga mereka memeriahkan lagi jamuan kami kali ini.
Buah durian yang menjadi santapan kami pada petang ini, masih segar =)

Kawasan yang menjadi tempat kami menjalankan aktiviti mentor mente kami kali ini. Kawasan yang luas, bersih dan menghijau dengan pokok-pokok di sekelilingnya sangat menenagkan dan sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi masjlis, Lukman Ghazali.
Ucapan diteruskan oleh ketua kelas PISMP PI-PR Sem 2, Azaludin Azrin
Mentor tersayang, sempat memberi nasihat kepada kami semua.
Ucapan kemuncak oleh Ustazah Nazrah
Bacaan doa selamat turut diadakan yang diketuai oleh Habib Nuh
Waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua. Bukan sahaja kami dapat menikmati buah durian, tetapi kami juga dihidangkan dengan pulut untuk dimakan dengan durian atau ikan masin serta bihun goreng.
Semua nampak berselera =)

Alhamdulillah, majlis kami selesai lebih kurang pada pukul 5.40 petang. Sebelum pulang, kami sempat menunaikan solat Asar bersama-sama di surau yang disediakan. Kami juga sempat merakam gambar kenangan bersama di pentas Kem Perik. Kami pulang dengan rasa gembira dan bersyukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan.




Tuesday, October 26, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR MENTOR

Hari : Isnin
Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 6.30 petang- 9.00 malam
Tempat : Restoran Bendang D’ Kelubi
 Keadaan di belakang restoran sementara menunggu kedatangan keluarga mentor tersayang

Strategi untuk mengadakan sambutan hari lahir mentor bermula sejak majlis makan tomyam di masjid an-nur. Kami telah berpakat untuk memberi kejutan sambil dibantu oleh isteri Ustaz Radzi, Ustazah Adliza dan beberapa orang anak-anaknya. Hal ini kerana kami memerlukan maklumat tentang saiz baju untuk mentor kesayangan kami ini. Akhirnya, kami bercadang untuk membeli pakaian batik hitam keperangan buat ustaz.
Pada hari kejadian, kami bertolak ke Restoran Bendang Kelubi dengan kenderaan sendiri. Setelah sampai di sana, kami berbincang dengan lebih terperinci untuk membuat kejutan apabila menyambut kedatangan ustaz sekeluarga nanti. Sambil berbincang, kami bersembunyi di belakang surau yang disediakan di restoran tersebut.
 Ustaz Radhi kelihatan terkejut dengan kehadiran kami semua

Alhamdulillah, ustaz tidak menyedari kedatangan kami di sana. Apabila waktu berbuka semakin hampir, kami semua menyerbu ustaz sambil menyanyikan lagu hari lahir…Allah selamatkan kamu…..Ternyata ustaz sangat terkejut dengan kedatangan kami secara tiba-tiba. Salah seorang daripada kami memegang kek dan rakan-rakan sekelas lelaki memeluk ustaz sambil mengucap hari lahir kepadanya.
 Antara juadah berbuka puasa pada hari ini

Selepas berbuka puasa dengan hidangan yang sangat menyelerakan seperti tomyam, sambal belacan, telur dadar, ikan stim, kami menunaikan solat magrib secara berjemaah. Kemudian, upacara memotong kek dan sedikit ucapan dari ustaz berlangsung. Ustaz mengucapkan terima kasih kerana sudi mengadakan majlis buatnya dan turut menyatakan rasa terharu dengan perbuatan kami.
  Selepas menikmati kek dan air bandung, sesi bergambar kenangan pula diadakan. Pelbagai pose daripada rakan-rakan sekelas dan anak-anak ustaz. Kami pulang ke kolej kediaman kira-kira pukul 9 malam untuk menunaikan solat trawikh berjemaah. Semoga ukhwah yang terjalin di antara kita terus berkekalan hingga ke akhir hayat.InsyaAllah

Sunday, June 6, 2010

JAMUAN AKHIR SEMESTER 2


Hari : Rabu
Tarikh : 19 Mei 2010
Tempat : Café Selasih, Kuala Nerang, Kedah
Masa : 12.00 tengahari – 4.00 petang
                Kira-kira jam 12.15 tengahari, kami bertolak ke Café Selasih Kuala Nerang. Pada kali ini, kami juga meraikan Ustaz Zaki, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) bersama-sama dengan Ustazah Fadzliyah, salah seorang pensyarah di JAPIM. Kami sangat berharap perasaan gundah-gulana memikirkan kertas peperiksaan Bahasa Arab yang dijawab oleh kami pada pagi tersebut hilang buat sementara huhu..
               Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 35 minit itu agak menarik kerana kami dapat melihat pemandangan kampung yang cantik. Walaupun terdapat jalan tersebut merupakan jalan kampung yang masih dalam proses penambahbaikkan, kami masih berasa selesa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

               Sesampainya kami di Café Selasih, kami disambut dengan layanan yang istimewa oleh tauke café tersebut. Pada awalya, kami dihidangkan ‘skyjuice’ dan ‘orange juice’ bagi membasahkan tekak yang dahaga. Kenudian , para pekerja tersebut menghidangkan set ‘chicken chop’, nasi, dan pencuci mulut. Selepas membaca doa, kami menjamu selera dengan nikmatnya hehe..Sambil menikmati hidangan, ada juga antara kami mencuri peluang untuk mengambil gambar candid untuk tatapan bersama pada masa akan datang. Mereka juga tidak lupa menghidangkan beberapa pinggan spaggeti yang sangat lazat.

               Selepas puas menikmati hidangan yang menyelerakan di café, kami bertolak pula ke teratak indah salah seorang mentee iaitu Nur Syazwani binti Mohd Nasir di Taman Desa Seri Emas. Kedatangan kami disambut dengan meriah oleh keluarga beliau. Di sana, walaupun sudah kenyang, kami masih mampu untuk menjamah kuih badak dan kuih cara..Terima kasih kepada keluarga beliau. Lain hari, InsyaAllah boleh berkunjung lagi ke sana

               Kami bertolak pulang setelah selesai semua perancangan pada hari tersebut. Alhamdulilah, perjalanan program pada hari tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Syukran jazilan kepada semua atas komitmen yang diberi terutamanya mentor kesayangan kami, En. Mohd Radzi bin Lebai Mat kerana menjana minda kami untuk menjalankan baramij yang sentiasa dapat mengikat tali silaturrahim antara kami.Ukhwah fillah Abadan abada

Thursday, April 1, 2010

JAMUAN DI RESTORAN BENDANG D’KELUBI

HARI : ISNIN
TARIKH : 8 FEBRUARI 2010
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D’KELUBI
MASA : 12.00 TENGAHARI-2.30 PETANG

Kira-kira jam 12.00 tengahari kami memulakan perjalanan ke Restoran Bendang Kelubi yang terletak tidak jauh dari Pekan Jitra.Semuanya kelihatan sabar dalam perjalanan walaupun masing-masing mengakui perut berkeroncong sejak kelas Kemahiran Berfikir lagi.Alhamdulillah, kali ini kami berjaya untuk mengadakan jamuan di restoran tersebut walaupun pada semester lepas rancangan ini kurang menjadi kerana dilanda banjir.

Mentor kami , ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat bersama dengan Ustaz Azhar salah seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam & Moral sampai di restoran lebih awal.Sambil menunggu makanan di hidang, kami berehat sambil menunggu kedatangan isteri Ustaz Mohd Radzi yang bakal menjamu selera bersama-sama kami.

Jamuan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ibrahim bin Abdul Halim.Ternyata lauk udang sambal,ikan patin masak tempoyak,sayur campur,sambal belacan dan telur dadar sangat membuatkan kami yang kelaparan kecur air liur.Walaupun ada yang berpantang lauk udang kerana mengalami masalah kesihatan namun beliau tetap berselera makan pada tengahari tersebut.Maklumlah, makan secara berjemaah ini lebih berkat dan mengeratkan ukhwah antara kami.

Selepas makan, majlis dibuka pula secara berprotokol dan dipengerusikan oleh Saudara Iqbal bin Shahidan.Ucapan alu-aluan seterusnya di sambung oleh saudara Nuruddin bin Zakaria yang memegang jawatan sebagai Ketua Kelas sepanjang semester ini dan turut merangkap Exco Kerohanian & Sahsiah, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGMKDA).Ucapannya juga banyak menyentuh mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik sekaligus mengenai hubungan antara manusia dengan pencipta yakni Allah s.w.t yang sama sekali tidak boleh dilupakan.


Tuan pengerusi juga turut menjemput Nur Syazwani bt Mohd Nasir,Bendahari kelas dan juga pelopor blog mentor mentee IPGMKDA untuk memberi ucapan berkaitan blog yang direka khas untuk mendokumentasikan setiap program yang dijalankan di bawah persatuan Mentor Mentee.Blog ini juga boleh disertai oleh kumpulan lain untuk penambahbaikan dan komen.Setiap ahli boleh menyumbangkan idea-idea Islamik seperti tazkirah serta dapat memuat turun foto-foto yang berkaitan dengan program Mentor Mentee.

Antara acara kemuncak pada hari tersebut ialah ucapan dari Ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat, penyumbang informasi bernas dan juga selaku motivator kumpulan PPISMP Semester 2 PIQ / BI /BA.Ucapan beliau banyak berkisar mengenai perancangan program Mentor Mentee jangka pendek dan jangka panjang.Beliau menekankan aspek kewangan dan bajet kerana aspek ini merupakan elemen major yang patut diberi perhatian khusus dalam merealisasikan setiap aktiviti.Di samping itu, ustaz bersungguh-sungguh memberi kata-kata semangat untuk kami berjuang dalam bidang akademik.

Selepas berkhirnya ucapan tersebut, lalu berakhirlah majlis jamuan kami pada hari tersebut.Kami mengambil gambar kenangan di sekitar restoran Bendang D’Kelubi dan melakukan solat jemaah Zohor di surau.Kira-kira jam 2.30 petang kami pulang ke Kolej Kediaman dengan bas biru kebanggaan kami,bas IPGMKDA.Kami sangat berharap dapat meluangkan masa untuk makan bersama-sama untuk masa akan datang.

maaf dipinta, dokumentasi baru dimuatkn di blog, walaupun program tlh lama berlalu... :)
terima kasih kepada ummu kerana telah banyak membantu membuat dokumentasi semua program.. syukran jazilan ya ummu... 








Thursday, February 25, 2010

JAMUAN AKHIR SEMESTER


Hari : Ahad
Tarikh : 15 November 2009
Tempat : Radix Fried Chicken, Alor Setar, Kedah
Masa : 2.30 petang – 5.00 petang

           Dengan menaiki bas biru IPDA kebanggaan warga institut, kami memulakan perjalanan ke RFC di Alor Setar yang terletak berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana.Walaupun  perancangan awal untuk mengadakan jamuan di Restoran Kelubi  tidak menjadi kerana banjir namun kami tidak membiarkan perasaan terkilan menyelubungi hati kami.Nampaknya ikan siakap dan kailan ikan masin telah bertukar menjadi ayam goreng. hehehe.
       Setelah berurusan di kaunter pembayaran, kami bersedia untuk menjamah ayam goreng kegemaran ramai ini.Walaupun kami kekurangan rakan seperjuangan iaitu saudara Habib Nuh,Norazaluddin Azrin dan Aimanzaki yang mempunyai hal yang lebih penting, kami meneruskan majlis pada petang itu dengan bacaan doa makan.Alhamdullilah, kami tidak menghadapi masalah dengan tempat makan di situ kerana kami telah menempah tempat khas sehari sebelum majlis jamuan.

           Kami makan dengan senang hati dan gembira.Ada diantara kami rupa-rupanya telah ‘berpuasa’ pada sebelah pagi dan makan dengan berselera sekali hehehe…Walid kesayangan kami pula makan bersama dengan Ustaz-ustaz JAPIM dan pemandu bas pada hari itu.

          Kemudian, majlis diteruskan oleh pengerusi majlis,saudari Ummu Aiman.Beliau menyingkap kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang semester ini.Selepas itu, kami mendengar ucapan Ketua Kelas kami, saudara Wan Amiruddin , dan ucapan mentor, Ustaz Mohd Radzi  bin Lebai Mat.Ustaz tidak lupa menyentuh mengenai peperiksaan serta perkara-perkara berfaedah yang perlu dilakukan sempena musim cuti yang akan datang tidak lama lagi.

           Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah sempena Pertandingan Bowling yang diadakan tempoh hari.Hadiah-hadiah itu terdiri daripada piala-piala untuk 3 pemenang kategori lelaki dan perempuan serta kategori markah tertinggi.

           Sebelum pulang ke kolej kediaman, kami melawat ke Pustaka Darussalam yang terletak tidak jauh dari situ.Terdapat  banyak bahan ilmiah seperti buku-buku agama dan alatan tulis.Kebanyakkan dari kami tidak lupa untuk membeli pen khat untuk digunakan pada hari peperiksaan subjek Pengajian Islam 1 pada Rabu kelak.


       Kami tiba di IPDA kira-kira pukul 5.00 petang.Sebelum melangkah pulang menunaikan Solat Asar pada petang itu, kami menganbil gambar kenangan terlebih dahulu.Ternyata, pada semester ini, banyak kenangan manis yang terpahat di sanubari masing-masing.Terima kasih semua atas komitmen dan kerjasama anda untuk semester ini!Semoga ukhwah yang dibina kekal selamanya InsyaAllah…..










Thursday, February 11, 2010

Berbuka puasa di rumah mentor



Hari : Jumaat
Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Kediaman Encik Mohd Radzi bin Lebai Mat
Masa : 6.30 petang-11.00 malam
Kami menunggu kedatangan ustaz di Surau An-Nur sebelum bertolak untuk berbuka puasa di rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat 11 September.Hari itu merupakan hari yang ke dua puluh umat Islam berpuasa dalam bulan mulia,bulan Ramadhan.
Sesudah sampai di teratak cantik Ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat, mentee perempuan menolong serba-sedikit isterinya di dapur.Sayangnya pada hari tersebut kami kekurangan salah seorang rakan kami, saudari Nurhafiza kerana beliau pulang ke kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang atas alasan peribadi.
Kebanyakkan juadah berbuka seperti ayam golek,daging masak kicap dan gulai rebung telah disediakan walaupun setahu kami Ustaz tidak mempunyai anak perempuan.Paling istimewa adalah apabila rakan kami,Huda sanggup berkongsi ilmu membuat koktail.
Tak sabar rasanya kami pada waktu itu walaupun berpuasa, untuk merasa pencuci mulut air tangan Huda hehe..Pada masa yang sama, mentee lelaki pula menyiapkan tempat berbuka di ruang tamu sambil berkenalan dengan anak-anak ustaz.Ada juga yang menunggu waktu berbuka dengan membaca surat khabar.
Kami berbuka puasa dengan kurma dan kuih- muih yang dibuat oleh ustazah terlebih dahulu sebelum makan besar pada malam itu.Ternyata kuih buatan terutamanya buah melaka sangat sedap dan mendapat sambutan hangat hehe..

Selepas menunaikan solat maghrib, barulah kami semua menjamah nasi dan lauk-pauk yang terhidang.Mentee perempuan semuanya sangat sukakan hidangan pada malam itu dan koktail Huda.Kami mengusik Huda untuk menyediakan koktail di asrama kelak.
Kemudian, kami menunaikan solat Isyak dan solat tarawikh jemaah berimamkan Ustaz.Pada waktu ini, kami berasa sangat tenang dan harmoni bersembahyang beramai-ramai teutamanya dengan ahli keluarga ustaz.Dengan ini terubatlah sedikit rasa rindu akan keluarga dalam kalangan kami yang jauh dari keluarga huhu..
Sebelum pulang kami masih lagi dihidang dengan makanan dan buah-buahan.Rupanya dalam kalangan kami ada yang baru mengenal buah rambai.. shahdunya huhu..Kami juga tidak lupa untuk membawa pulang makanan untuk dimakan semasa sahur di asrama.

Kami bertolak pulang kira-kira pukul 11.00 malam selepas bergambar dengan ahli keluarga ustaz.Mentee lelaki pulang terlebih dahulu bersama dengan anak sulung ustaz,Aiman.Manakala mentee perempuan pulang selepas itu dan dihantar oleh ustazah sendiri.
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga meluangkan satu hari untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga mentor.Diharapkan supaya ukhwah dan talian silaturrahim antara kami akan lebih kuat melalui aktiviti seperti ini.InsyaAllah, jika masih ada sinar Ramadhan untuk kita pada tahun-tahun mendatang, peluang seperti ini tak akan dilepaskan sama sekali.



allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails