Wednesday, December 28, 2011

Pulau Pangkor

Tempat :Pulau Pangkor

Tarikh: 21-23 Julai 2011

Kami berkumpul di hadapan asrama IPG Kampus Darulaman selepas tamat waktu kuliah dan bertolak pada pukul 1.30 petang pada hari Khamis. sebelum bertolak , seperti biasa, semua (ajk) akan memastikan peralatan yang diperlukan lengkap untuk dibawa bersama. Hamper sebagai tanda penghargaan kepada para pensyarah yang sanggup meluangkan masa mengiringi kami ke program yang kami laksanakan kali ini.

Program kami kali ini diiringi oleh mentor kami sendiri iaitu Ustaz Radzi, Tn Hj Badaruddin Ustazah Faizah dan Ustazah Fadzliyah. Kehadiran keluarga ustaz yang terdiri daripada isteri dan tiga orang anak ustaz menyerikan lagi program kami.
Disebabkan kami bertolak sebelum masuknya waktu zuhur, jadi kami berhenti di R&R untuk menunaikan solat zuhur dan menikmati makan tengah hari di sini.

Kami tiba di 'Lumut Port' pada pukul 6.30 petang dan menaiki kapal untuk ke Pulau Pangkor pada pukul 6.55 petang.
Duduk berehat sebentar
Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi bersama Tn Hj Badaruddin

Kami tiba di Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam. Kami bertolak ke tempat penginapan kami dengan menaiki 3 buah van pemandu pelancong. 'Resort Pan Vill' telah menjadi tempat pilihan kami untuk 'beradu' sepanjang program ini. Kami tiba di tempat menginapan pada pukul 8 malam. Kami diberi masa untuk menguruskan diri sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu makan malam.
Santai sambil menunggu makan malam disediakan.
Selepas makan malam, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar tempat penginapan untuk melihat suasana serta menikmati keindahan pantai pada waktu malam.

Sembang santai bersama Tn Hj Badaruddin
Solat subuh berjemaah
Pada keesokan harinya, kami meneruskan aktiviti seperti yang telah dirancang. Aktiviti kami bermula dengan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, sedikit kuliah subuh disampaikan oleh Saudara Iqbal yang dipengerusikan oleh Saudara Solehuddin.
Khusyuk mendengar tazkirah
Kami berkumpul semula pada pukul 7.30 pagi untuk sesi riadah yang dimulakan dengan aktiviti panaskan badan.
Lawan, siapa hebat? Anak ustaz yang berusia 8 tahun tidak melepaskan peluang bermain bersama-sama abang-abangnya.
Menikmati sarapan pagi selepas penat beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing
Kami mula turun ke pantai untuk menjalankan aktiviti utama kami iaitu 'snorkling' pada pukul 11pagi. Aktiviti berakhir pada pukul 1.40 petang.
Aktiviti diteruskan pada pukul 3.30 petang dengan menaiki bot melihat keindahan pulau-pulau di sekitar.Teruja melihat landak laut.
Bermain di tepi pantai
Selepas tamat semua aktiviti air, kami dibenarkan pulang berehat. Selepas tamat semua aktiviti air, kami dibenarkan untuk pulang berehat. Pada waktu petang pula, kami mengambil kesempatan pergi ke pasar malam untuk melihat suasana pasar malam di sini di samping membeli cenderamata untuk dibawa pulang kepada yang tersayang.
Pada sebelah malam, kami menikmati hidangan makan malam istimewa. Pelbagai lauk pauk yang lazat disediakan.

Ni dah tak sabar nak makan ni...
Hari terakhir di Pulau Pangkor, kami mengemas barang dan bersiap sedia untuk bertolak pulang. Majlis penutup diadakan di resort ini juga walaupun aktiviti melawat tempat-tempat menarik akan diteruskan selepas ini. Haper sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diberikan kepada penyarah-penyarah yang sudi meluangkan masa mengiringi kami melakukan aktiviti ini.

Berdoa memohon keberkatan majlis

Ketua kelas menyampaikan hadiah penghargaan kepada mentor tersayang

Mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di pejabat 'Resort Panvill'
Kami bergerak untuk melawat ke tempat -tempat menarik dengan menaiki van pelancong. Tempat pertama yang kami lawati ialah kilang dan kedai yang menjual makanan-makanan laut yang dikeringkan. Pelbagai makanan dengan pelbagai harga ada dijual disini. Terdapat juga sedikit cenderamata yang dijual .
Antara makanan yang terdapat disini.
Seterusnya, kami menuju ke kawasan yang dibina seperti replika 'Tembok Besar Cina'. (MAAF, SAYA LUPA NAMA TEMPAT INI).
Bergambar di 'Replika Tembok Besar Cina'.
Destinasi kami yang terakhir ialah Kota Belanda. Walaupun tempatnya tidaklah luas, tapi kawasan dan binaannya amat menarik perhatian kami. Pemandangan sekelilingnya juga cantik.
Masing-masing bergambar dengan gaya tersendiri
Selepas puas bergambar dan menikmati keindahan di sini, kami bertolak pulang ke Lumut.
Ibrahim bersama Ustazah Fadzliyah sempat bergembar sementara menunggu bas untuk bertolak pulang ke IPG Kampus Darulaman.
Kami sampai di IPG Kampus Darlaman pada waktu maghrib. Alhamdulillah, kami berasa sangat gembira dan berpusa hati dengan aktiviti kami kali ini. Segala pengalaman, kenangan dan pengisian yang dikutip sepanjang aktiviti ini akan dikenang sebagai pengajaran yang amat berguna untuk kehidupan seharian kami sepanjang hayat. Insyaallah.

Tuesday, December 27, 2011

Durian oh durian...!!!

Assalamualaikum... kali ni nak post sikit pasal jamuan durian di Kem Perik. Ok, bagi meringkaskan cerita, saya cerita ikut turutan gambar saja ya.

Lokasi : Kem Perik
Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 3-6 petang

Kami berkumpul di hadapan asrama pada pukul 3 petang dang bertolak ke kem Perik pada 3.30 petang. kami ke sana dengan menumpang kereta sahabat-sahabat dan ada juga yang menunggang motor. Beberapa orang pensyarah dijemput untuk menghadiri jamuan ini antaranya Ustazah Nazrah sebagai penyelaras Mentormente di Ipda, Ustazah Fadzliyah, Ustaz Azhar dan Ustaz Asri. Kehadiran ustaz ustazah bersama keluarga mereka memeriahkan lagi jamuan kami kali ini.
Buah durian yang menjadi santapan kami pada petang ini, masih segar =)

Kawasan yang menjadi tempat kami menjalankan aktiviti mentor mente kami kali ini. Kawasan yang luas, bersih dan menghijau dengan pokok-pokok di sekelilingnya sangat menenagkan dan sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi masjlis, Lukman Ghazali.
Ucapan diteruskan oleh ketua kelas PISMP PI-PR Sem 2, Azaludin Azrin
Mentor tersayang, sempat memberi nasihat kepada kami semua.
Ucapan kemuncak oleh Ustazah Nazrah
Bacaan doa selamat turut diadakan yang diketuai oleh Habib Nuh
Waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua. Bukan sahaja kami dapat menikmati buah durian, tetapi kami juga dihidangkan dengan pulut untuk dimakan dengan durian atau ikan masin serta bihun goreng.
Semua nampak berselera =)

Alhamdulillah, majlis kami selesai lebih kurang pada pukul 5.40 petang. Sebelum pulang, kami sempat menunaikan solat Asar bersama-sama di surau yang disediakan. Kami juga sempat merakam gambar kenangan bersama di pentas Kem Perik. Kami pulang dengan rasa gembira dan bersyukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan.




allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails