Wednesday, August 17, 2011

PROGRAM BERSAMAMU

Lokasi : 4 buah kampung( Kg.Pida 4, Kg. Permatang Kong, Kg Permatang Golok dan Alor Biak)

Tarikh : 12 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Waktu : 9.00 pagi-12.30 tengah hari

Program ini merupakan program anjuran HEP IPG Kampus Darulaman di bawah unit Pengembangan Insan-Aktiviti Mentor Mentee. Program ini melibatkan IPG Kampus Darulaman yang diwakili oleh kumpulan PISMP Pend. Islam bersama mentor dengan masyarakat. Objektif utamanya adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan selain untuk menambah pengetahuan, memberi kesedaran dan sebagai tauladan terutamanya kepada guru pelatih yang terlibat.

Kami bertolak dari IPG Kampus Darulaman pada pukul 9 pagi menuju ke lokasi pertama kami iaitu Pejabat MADA, Air Itam. Di sini, kami diterangkan oleh Ustaz Halim, yang bertindak sebagai pengelola program ini mengenai keadaan para penerima bantuan. Ustaz Halim dibantu oleh dua orang sahabat iaitu Ustaz Umar dan Ustaz Zinon. Kami difahamkan bahawa kami akan memberikan bantuan kepada 10 buah rumah daripada 4 buah kampung yang terlibat antaranya ialah Kg. Pida 4, Kg. Permatang Kong, Kg Permatang Golok dan Alor Biak .

Mendengar taklimat yang disampaikan dengan khusyuk

Kami bertolak ke rumah pertama yang terletak di Kg Pida 4 yang terletak di Mukim Naga. Perasaan insaf dan simpati mula menyelubungi diri setelah melihat keadaan luar rumah yang agak usang. Perasaan menjadi bertambah sedih apabila melihat sendiri pemilik rumah tersebut. Jaafar bin Awang, berumur 120 tahun telah menderita lumpuh selama 10 tahun akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Bertambah malang apabila 2 daripada anaknya mengalami penyakit mental. Walaubagaimanapun, Jaafar masih bertuah kerana masih mempunyai isteri yang setia menguruskan dirinya dan keluarga. sebelum kami melangkah keluar meninggalkan rumah mereka, sempat kami menghulurkan sedikit bantuan yang terdiri daripada beras, minyak, susu, milo, biskut dan sedikit wang untuk perbelanjaan mereka sekeluarga.

Ketua kelas menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan

Kami bergerak ke rumah seterusnya dalam kampung yang sama. Rumah ini didiami oleh dua oaring adik beradik lelaki dan perempuan. Anak salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan. Jadi, sekarang mereka tinggal bersama anak saudara mereka. Bantuan yang sama juga diberikan kepada keluarga ini.

10 buah rumah telah kami lawati, ternyata kehidupan mereka amat memerlukan bantuan. Kalau sebelum ini, kami hanya mendengar dan melihat keadaan orang susah melalui Program Bersamamu di televisyen, tapi kali ini, kami melihat dengan pancaindera sendiri keadaan mereka. Bukan mereka tidak boleh bekerja, tetapi usia dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan mereka hanya mampu hidup ‘seadanya’. Apa yang ada, itulah yang dipakai dan dimakan. Kami juga dimaklumkan bahawa mereka juga menerima bantuan daripada pihak Kebajikan Masyarakat untuk menampung kehidupan mereka.

Setelah hampir 3 jam waktu berjalan, akhirnya kami berjaya menyelesaikan misi kami menyampaikan bantuan kepada keluarga dari 10 buah rumah pada pukul 12.15 tengah hari. Kami bergerak agak pantas dari rumah ke rumah memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat dan muslimin perlu bersiap sedia lebih awal untuk solat Jumaat. Kami pulang dengan rasa keinsafan. Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang terlalu banyak kepada kami dan keluarga kami. Harapan kami, semoga program seperti ini terus dijalankan agar dapat merapatkan hubungan antara bakal guru dengan masyarakat disamping memberi bantuan kepada yang memerlukan. Insyaallah..

Sempat bergambar di salah hadapan salah sebuah rumah penerima bantuan bersama pengelola program

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails