Monday, September 3, 2012

Assalamualaikum... Lamanya x update blog...rindu pulak kat blog ni. banyak sangat nak di nukilkan sebenarnya.. insyaallah, ada masa nanti akan diupdate...
Apa-apapun, nak tujukan lagu ni kat sahabat-sahabat sekelas, sahabat-sahabat IPDA dan tidak lupa juga kepada semua pembaca blog.. K, selamat mendengar lagu ni, semoga ukhuwah kita tetap utuh kerana-Nya.
  ~sesegar hijau daunan~
Dengarkanlah,
AKRAB PERSAHABATAN


Wednesday, December 28, 2011

Pulau Pangkor

Tempat :Pulau Pangkor

Tarikh: 21-23 Julai 2011

Kami berkumpul di hadapan asrama IPG Kampus Darulaman selepas tamat waktu kuliah dan bertolak pada pukul 1.30 petang pada hari Khamis. sebelum bertolak , seperti biasa, semua (ajk) akan memastikan peralatan yang diperlukan lengkap untuk dibawa bersama. Hamper sebagai tanda penghargaan kepada para pensyarah yang sanggup meluangkan masa mengiringi kami ke program yang kami laksanakan kali ini.

Program kami kali ini diiringi oleh mentor kami sendiri iaitu Ustaz Radzi, Tn Hj Badaruddin Ustazah Faizah dan Ustazah Fadzliyah. Kehadiran keluarga ustaz yang terdiri daripada isteri dan tiga orang anak ustaz menyerikan lagi program kami.
Disebabkan kami bertolak sebelum masuknya waktu zuhur, jadi kami berhenti di R&R untuk menunaikan solat zuhur dan menikmati makan tengah hari di sini.

Kami tiba di 'Lumut Port' pada pukul 6.30 petang dan menaiki kapal untuk ke Pulau Pangkor pada pukul 6.55 petang.
Duduk berehat sebentar
Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi bersama Tn Hj Badaruddin

Kami tiba di Pulau Pangkor pada pukul 7.30 malam. Kami bertolak ke tempat penginapan kami dengan menaiki 3 buah van pemandu pelancong. 'Resort Pan Vill' telah menjadi tempat pilihan kami untuk 'beradu' sepanjang program ini. Kami tiba di tempat menginapan pada pukul 8 malam. Kami diberi masa untuk menguruskan diri sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu makan malam.
Santai sambil menunggu makan malam disediakan.
Selepas makan malam, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar tempat penginapan untuk melihat suasana serta menikmati keindahan pantai pada waktu malam.

Sembang santai bersama Tn Hj Badaruddin
Solat subuh berjemaah
Pada keesokan harinya, kami meneruskan aktiviti seperti yang telah dirancang. Aktiviti kami bermula dengan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, sedikit kuliah subuh disampaikan oleh Saudara Iqbal yang dipengerusikan oleh Saudara Solehuddin.
Khusyuk mendengar tazkirah
Kami berkumpul semula pada pukul 7.30 pagi untuk sesi riadah yang dimulakan dengan aktiviti panaskan badan.
Lawan, siapa hebat? Anak ustaz yang berusia 8 tahun tidak melepaskan peluang bermain bersama-sama abang-abangnya.
Menikmati sarapan pagi selepas penat beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing
Kami mula turun ke pantai untuk menjalankan aktiviti utama kami iaitu 'snorkling' pada pukul 11pagi. Aktiviti berakhir pada pukul 1.40 petang.
Aktiviti diteruskan pada pukul 3.30 petang dengan menaiki bot melihat keindahan pulau-pulau di sekitar.Teruja melihat landak laut.
Bermain di tepi pantai
Selepas tamat semua aktiviti air, kami dibenarkan pulang berehat. Selepas tamat semua aktiviti air, kami dibenarkan untuk pulang berehat. Pada waktu petang pula, kami mengambil kesempatan pergi ke pasar malam untuk melihat suasana pasar malam di sini di samping membeli cenderamata untuk dibawa pulang kepada yang tersayang.
Pada sebelah malam, kami menikmati hidangan makan malam istimewa. Pelbagai lauk pauk yang lazat disediakan.

Ni dah tak sabar nak makan ni...
Hari terakhir di Pulau Pangkor, kami mengemas barang dan bersiap sedia untuk bertolak pulang. Majlis penutup diadakan di resort ini juga walaupun aktiviti melawat tempat-tempat menarik akan diteruskan selepas ini. Haper sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diberikan kepada penyarah-penyarah yang sudi meluangkan masa mengiringi kami melakukan aktiviti ini.

Berdoa memohon keberkatan majlis

Ketua kelas menyampaikan hadiah penghargaan kepada mentor tersayang

Mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di pejabat 'Resort Panvill'
Kami bergerak untuk melawat ke tempat -tempat menarik dengan menaiki van pelancong. Tempat pertama yang kami lawati ialah kilang dan kedai yang menjual makanan-makanan laut yang dikeringkan. Pelbagai makanan dengan pelbagai harga ada dijual disini. Terdapat juga sedikit cenderamata yang dijual .
Antara makanan yang terdapat disini.
Seterusnya, kami menuju ke kawasan yang dibina seperti replika 'Tembok Besar Cina'. (MAAF, SAYA LUPA NAMA TEMPAT INI).
Bergambar di 'Replika Tembok Besar Cina'.
Destinasi kami yang terakhir ialah Kota Belanda. Walaupun tempatnya tidaklah luas, tapi kawasan dan binaannya amat menarik perhatian kami. Pemandangan sekelilingnya juga cantik.
Masing-masing bergambar dengan gaya tersendiri
Selepas puas bergambar dan menikmati keindahan di sini, kami bertolak pulang ke Lumut.
Ibrahim bersama Ustazah Fadzliyah sempat bergembar sementara menunggu bas untuk bertolak pulang ke IPG Kampus Darulaman.
Kami sampai di IPG Kampus Darlaman pada waktu maghrib. Alhamdulillah, kami berasa sangat gembira dan berpusa hati dengan aktiviti kami kali ini. Segala pengalaman, kenangan dan pengisian yang dikutip sepanjang aktiviti ini akan dikenang sebagai pengajaran yang amat berguna untuk kehidupan seharian kami sepanjang hayat. Insyaallah.

Tuesday, December 27, 2011

Durian oh durian...!!!

Assalamualaikum... kali ni nak post sikit pasal jamuan durian di Kem Perik. Ok, bagi meringkaskan cerita, saya cerita ikut turutan gambar saja ya.

Lokasi : Kem Perik
Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 3-6 petang

Kami berkumpul di hadapan asrama pada pukul 3 petang dang bertolak ke kem Perik pada 3.30 petang. kami ke sana dengan menumpang kereta sahabat-sahabat dan ada juga yang menunggang motor. Beberapa orang pensyarah dijemput untuk menghadiri jamuan ini antaranya Ustazah Nazrah sebagai penyelaras Mentormente di Ipda, Ustazah Fadzliyah, Ustaz Azhar dan Ustaz Asri. Kehadiran ustaz ustazah bersama keluarga mereka memeriahkan lagi jamuan kami kali ini.
Buah durian yang menjadi santapan kami pada petang ini, masih segar =)

Kawasan yang menjadi tempat kami menjalankan aktiviti mentor mente kami kali ini. Kawasan yang luas, bersih dan menghijau dengan pokok-pokok di sekelilingnya sangat menenagkan dan sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi masjlis, Lukman Ghazali.
Ucapan diteruskan oleh ketua kelas PISMP PI-PR Sem 2, Azaludin Azrin
Mentor tersayang, sempat memberi nasihat kepada kami semua.
Ucapan kemuncak oleh Ustazah Nazrah
Bacaan doa selamat turut diadakan yang diketuai oleh Habib Nuh
Waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh semua. Bukan sahaja kami dapat menikmati buah durian, tetapi kami juga dihidangkan dengan pulut untuk dimakan dengan durian atau ikan masin serta bihun goreng.
Semua nampak berselera =)

Alhamdulillah, majlis kami selesai lebih kurang pada pukul 5.40 petang. Sebelum pulang, kami sempat menunaikan solat Asar bersama-sama di surau yang disediakan. Kami juga sempat merakam gambar kenangan bersama di pentas Kem Perik. Kami pulang dengan rasa gembira dan bersyukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan.




Wednesday, August 17, 2011

PROGRAM BERSAMAMU

Lokasi : 4 buah kampung( Kg.Pida 4, Kg. Permatang Kong, Kg Permatang Golok dan Alor Biak)

Tarikh : 12 Ogos 2011

Hari : Jumaat

Waktu : 9.00 pagi-12.30 tengah hari

Program ini merupakan program anjuran HEP IPG Kampus Darulaman di bawah unit Pengembangan Insan-Aktiviti Mentor Mentee. Program ini melibatkan IPG Kampus Darulaman yang diwakili oleh kumpulan PISMP Pend. Islam bersama mentor dengan masyarakat. Objektif utamanya adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan selain untuk menambah pengetahuan, memberi kesedaran dan sebagai tauladan terutamanya kepada guru pelatih yang terlibat.

Kami bertolak dari IPG Kampus Darulaman pada pukul 9 pagi menuju ke lokasi pertama kami iaitu Pejabat MADA, Air Itam. Di sini, kami diterangkan oleh Ustaz Halim, yang bertindak sebagai pengelola program ini mengenai keadaan para penerima bantuan. Ustaz Halim dibantu oleh dua orang sahabat iaitu Ustaz Umar dan Ustaz Zinon. Kami difahamkan bahawa kami akan memberikan bantuan kepada 10 buah rumah daripada 4 buah kampung yang terlibat antaranya ialah Kg. Pida 4, Kg. Permatang Kong, Kg Permatang Golok dan Alor Biak .

Mendengar taklimat yang disampaikan dengan khusyuk

Kami bertolak ke rumah pertama yang terletak di Kg Pida 4 yang terletak di Mukim Naga. Perasaan insaf dan simpati mula menyelubungi diri setelah melihat keadaan luar rumah yang agak usang. Perasaan menjadi bertambah sedih apabila melihat sendiri pemilik rumah tersebut. Jaafar bin Awang, berumur 120 tahun telah menderita lumpuh selama 10 tahun akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Bertambah malang apabila 2 daripada anaknya mengalami penyakit mental. Walaubagaimanapun, Jaafar masih bertuah kerana masih mempunyai isteri yang setia menguruskan dirinya dan keluarga. sebelum kami melangkah keluar meninggalkan rumah mereka, sempat kami menghulurkan sedikit bantuan yang terdiri daripada beras, minyak, susu, milo, biskut dan sedikit wang untuk perbelanjaan mereka sekeluarga.

Ketua kelas menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan

Kami bergerak ke rumah seterusnya dalam kampung yang sama. Rumah ini didiami oleh dua oaring adik beradik lelaki dan perempuan. Anak salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan. Jadi, sekarang mereka tinggal bersama anak saudara mereka. Bantuan yang sama juga diberikan kepada keluarga ini.

10 buah rumah telah kami lawati, ternyata kehidupan mereka amat memerlukan bantuan. Kalau sebelum ini, kami hanya mendengar dan melihat keadaan orang susah melalui Program Bersamamu di televisyen, tapi kali ini, kami melihat dengan pancaindera sendiri keadaan mereka. Bukan mereka tidak boleh bekerja, tetapi usia dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan mereka hanya mampu hidup ‘seadanya’. Apa yang ada, itulah yang dipakai dan dimakan. Kami juga dimaklumkan bahawa mereka juga menerima bantuan daripada pihak Kebajikan Masyarakat untuk menampung kehidupan mereka.

Setelah hampir 3 jam waktu berjalan, akhirnya kami berjaya menyelesaikan misi kami menyampaikan bantuan kepada keluarga dari 10 buah rumah pada pukul 12.15 tengah hari. Kami bergerak agak pantas dari rumah ke rumah memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat dan muslimin perlu bersiap sedia lebih awal untuk solat Jumaat. Kami pulang dengan rasa keinsafan. Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang terlalu banyak kepada kami dan keluarga kami. Harapan kami, semoga program seperti ini terus dijalankan agar dapat merapatkan hubungan antara bakal guru dengan masyarakat disamping memberi bantuan kepada yang memerlukan. Insyaallah..

Sempat bergambar di salah hadapan salah sebuah rumah penerima bantuan bersama pengelola program

Wednesday, June 8, 2011

Bina Insan Guru Siri 3

Tempat: Kem Tok Sakah, Lumut, Perak
Tarikh : 6-9 Mac 2011
Kelas kami merupakan kumpulan siri ke-3 BIG untuk semester pertama ini. Kami digabungkan dengan dua buah kelas lagi iaitu kelas PEM dan PK PJ. Pelbagai pengalaman baru dapat kami kutip sepanjang BIG ini. Aktiviti yang diaturkan agak menguji ketahanan fizikal dan mental kami sebagai bakal guru. Perkara yang mungkin tidak boleh dilupakan oleh kami yang menyertai BIG siri ini ialah 'JAM RADO'. Gimik yang berlaku pada hari kedua dan ketiga sangat menjadi. Bermula setelah kumpulan yang melakukan aktiviti darat singgah di sebuah warung untuk membeli air dan berlanjutan sehinggalah perkara sebenar terbongkar pada malam penutup.  
  
Antara pensyarah dan mentor yang mengikuti BIG siri 3  
 


Mendengar taklimat dari para pensyarah pada malam pertama kami tiba di sini.
Aktiviti LDK bersama Puan Aisyah Hamid.
Jurulatih mengajar cara berkayak yang betul
Pada hari kedua dan ketiga, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan melakukan aktiviti air dan satu kumpulan akan melakukan aktiviti darat. Segala barang dan kelengkapan dibawa bersama antaranya barang- barang untuk memasak. Untuk aktiviti darat, kami bergilir -gilir membawa peralatan memasak seperti periuk dan dapur gas. Bahan untuk memasak pula dimasukkan ke dalam beg agar mudah pergerakkan kami memandangkan bukit yang kami daki agak curam dan sangat bahaya. Semasa melakukan aktiviti air pula, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan berkayak dahulu manakala kumpulan kedua akan berjalan ke destinasi akhir kumpulan pertama. Kumpulan 2 bertanggungjawab untuk masak makanan tengah hari.   
Selepas berkayak
Aktiviti selepas mendaki bukit, aktiviti darat.
Kami diarahkan untuk berendam dalam air laut dan berguling-guling di atas pasir. Mungkin ini adalah antara aktiviti yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh semua guru pelatih. =)
Masak di puncak bukit. 
Semasa berehat di puncak bukit, kami terbahagi kepada beberapa kumpulan secara tidak langsung. Pada mulanya, ramai antara kami yang ingin menghulurkan tangan membantu kumpulan yang sepatutnya memasak seperti yang telah ditetapkan. Ada juga beberapa orang yang membantu rakan yang hampir pengsan. Memandangkan barang yang dibawa untuk memasak sedikit dari bilangan kami guru pelatih yang ingin membantu, jurulatih memberi tugas baru untuk kami. Kami diarahkan untuk mengayam 8 jenis barang. Kami juga diberi pilihan untuk membuat persembahan nyanyian sekiranya tidak mahu mengayam. 3 orang antara kami memilih untuk membuat persembahan dan yang lain memilih untuk mengayam. Kami hanya berjaya mengayam 6 jenis barang sahaja... Alhamdulillah, nasib baik x kena denda.   
Dataran......
Tolong -menolong memasak makanan bagi Malam Penutup BIG SIRI 3
Perlbagai makana yang lazat disediakan untuk malam penutup. Kehadiran Pengarah dan Timbalan menceriakan lagi Majlis Penutup yang diadakan secara sederhana ini.   
Nyanyian lagu IPDA dengan semangat
Antara persembahan malam penutup



Refleksi kendiri bersama mentor tesayang
Wajah-wajah ceria
Bakal- bakal ustaz


Bergambar kenangan pada hari terakhir.
PISMP PI BA PQ SEM1 2011

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails