EKSPIDISI UKHWAH KE GUA WANG BURMA
HARI: JUMAAT-SABTU
TARIKH: 1 OKTOBER-2OKTOBER
TEMPAT: TAMAN NEGERI PERLIS
MASA: 8.00PAGI-3.15PETANG
Kami bertolak ke Taman Negeri Perlis kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan Ustazah Fadzliyah, pensyarah pembimbing dari JAPIM yang dijemput khas untuk menyertai Ekspedisi Ukwah Mentor Mentee pada kali ini. Kami tidak lupa untuk membawa segala peralatan yang penting sepanjang penginapan dan aktiviti di sana seperti pakaian sukan, lampu suluh, sarung tangan dan air mineral. Fasilitator kami iaitu saudara Lutfi dan Syafiq menaiki kereta bersama dengan ustaz Radzi serta En Mohamad Rafi, pensyarah kaunseling dari IPD Kampus Darulaman.
Sepanjang perjalanan yang seolah-olah mahu ke Padang Besar, kami menikmati kek pisang air tangan ustazah kesayangan kami ini.Kami sempat singgah di gerai mamak untuk bersarapan. Di situ, ada yang sangat teruja melihat telur burung unta yang besar berada di atas meja makanJ. Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Jalan di Wang Kelian yang berbukit curam dan mempunyai selekoh tajam ternyata sangat menguji keberanian kami.
Kira-kira jam 11 pagi, kami tiba di Taman Negeri Perlis dan terus melawat ke Pusat Lawatan. Di situ, kami dapat melihat pelbagai jenis pelbagai spesis binatang yang hampir pupus dan kepelbagaian binatang di hutan simpan tersebut. Kami sempat juga melihat cicak hutan yang jarang dilihat oleh kami sebelum ini.
Kemudian, kami berpeluang untuk menjenguk ke penginapan dormitories dan menjamah makanan tengahari.Selepas solat Jumaat, seperti yang dirancangkan, aktiviti blind train dilakukan. Tanpa kami sangka, kami berjaya melakukan aktiviti dengan meredah kawasan hutan dan sungai walaupun dalam keadaan yang tidak dapat melihat. Kepentingan aktiviti ini ialah mengikut arahan ketua dan semangat kerjasama. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan peralatan tambahan seperti tali untuk dipegang oleh peserta. Paling melucukan apabila En Mohd Rafi mengatakan kami telah menjejaki kawasan sempadan Thailand.
Pada sebelah malam pula, kami tidak dapat menjalankan aktiviti nightwalk kerana hujan. Jadi, aktiviti itu diganti dengan pengucapan awam ( public speaking ) secara spontan di kawasan surau berdekatan tempat penginapan. Kemudian, debat pula diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan.
Keesokannya, selepas tazkirah subuh yang disampaikan oleh Wan Amirudin dan Ain, kami bersedia untuk ekspedisi ke Gua Wang Burma. Setelah mendengar sedikit taklimat dari dan jurupandu, kami mengaminkan doa yang dibaca oleh saudara Ibrahim untuk keselamatan sepanjang ekspedisi ukhwah ini.
Kami mendaki bukit dan mendengar penerangan mengenai tentang pokok tradisional yang bagus untuk kesihatan seperti Tongkat Ali dan pokok yang menjalar, Liana sebelum menjumpai Gua Wang Burma. Kami juga mendapat pengetahuan baru iaitu, kawasan kelawar berkumpul menunjukkan kawasan pintu masuk dan pintu keluar semakin dekat.
Kawasan gua yang gelap itu agak menakutkan. Hanya cahaya lampu suluh yang banyak kelihatan. Kami dapat melihat banyak stalaigtait dan stalagmait yang tergantung. Terdapat juga ghafur dan straw yang bakal menjadi stalakmait. Apabila di suluh, binaan semulajadi ini akan kelihatan bersinar berbanding yang sudah tidak aktif kerana disentuh oleh manusia. Hal ini kerana berlaku kerana tindak balas kimia dan memberi kesan kepada warna dan pembentukkan binaan unik ini.
Antara aktiviti lain ialah merangkak di ruang kecil, meredah sungai dan turun bukit dalam gua menggunakan tali. Cabaran ini kami tempuh dengan berani dan akhirnya kami berjaya menembusi ke kawasan luar gua.Walaupun penat kami berasa sangat gembira kerana memperoleh banyak pengalaman yang menarik.
Setelah sampai di pusat penginapan, kami makan tengahari bersama dan berkemas-kemas untuk pulang ke kolej kediaman. Kami pulang kira-kira jam 3 petang dengan rasa yang puas hati. Semoga kem ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami semua.Amin.
hanya dapat berkongsi kegembiraan... =)
ReplyDelete