Tuesday, May 25, 2010

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR?????

Salam

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"



Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Monday, May 24, 2010

Cinta yang menakutkan Iblis


Sebagai orang Islam kita kerapkali mendengar nama-nama seperti Jin, Syaitan dan Iblis. Persepsi negative selalu dilemparkan kepada makhluk tersebut lantaran kejahatan mereka menyesatkan manusia.

Wajah mereka selalu dimomokkan hodoh, gerun dan menakutkan. Peribadi mereka selalunya jahat. Tetapi sedarkah kita yang persepsi itu kebanyakkannya salah.

Musuh utama iman adalah hasutan Jin, Syaitan dan Iblis.Ibarat didalam peperangan menentang musuh, kita perlu belajar tentang musuh. Siapakah musuh, perangai musuh, lokasi musuh dan juga kelemahan musuh. Berapa ramai umat Islam benar2 mengenali Iblis melainkan hanyalah melalui persepsi sahaja.


Iblis adalah makhluk yang asalnya Jin bernama azazil yang diasuh oleh malaikat sehingga mencapai taraf pengulu malaikat. Jadi azazil merupakan makhluk yang rajin beramal kepada Allah s.w.t dan juga mempunyai ilmu yang banyak sehingga tinggi tarafnya.

Kita perlu check and balance dengan tahap kita….…apakah ilmu dan amalan kita setaraf dengan ilmu dan amalan iblis ? Tentu tidak malah Iblis juga mengenal Allah s.w.t, kenal malaikat dan mengenal bumi dan langit. Tetapi mengapa Iblis dimurkai oleh Allah?

Kerana Iblis riak dan sombong. Lantaran bersikap riak dan sombong itulah Iblis diusir dari syurga walaupun didalam keadaan Iblis mempunyai Ilmu dan amalan yang banyak. Mengapa Iblis mempunyai sifat riak dan sombong, tidak lain kerana bersikap hasad dan dengki kepada Adam a.s. Iblislah juga menanam sifat tamak kepada Adam a.s yang akhirnya Adam juga keluar dari syurga dan akhirnya bertaubat. Begitu juga berlaku kepada Qabil yang mempunyai sifat dengki dan kedekut yang akhirnya membunuh adiknya Habil dan akhirnya dimurkai Allah s.w.t.

Jadi jelas disini berakhlak yang mempunyai unsur Riak/Sombong/ Dengki/Tamak/ Kedekut adalah akhlak yang tidak melayakkan makhluk memasukki syurga Allah s.w.t walau pun mempunyai amalan dan ilmu yang banyak. Bagaimana pula kita yang mempunyai amalan dan ilmu yang tidak setanding Iblis tetapi mempunyai sifat-sifat tersebut. Bukankah taraf kita lebih rendah berbanding Iblis ?
Mengapa pula Iblis yang mempunyai ilmu, mengenal zat Allah s.w.t, mengenal keseluruhan makhluk ciptaan Allah sanggup bersikap sombong ? Ini adalah kerana Iblis tidak mempunyai akhlak Cintakan Allah s.w.t. Cintakan Allah s.w.t adalah ilmu yang menguasai keseluruhan ilmu-ilmu yang lain. Yakin seyakin-yakinnya….dengan menguasai Ilmu Cintakan Allah, Iblis akan takut kepada kita.

Kerana tahu kekuatan Kalimah Cintakan Allah s.w.t, Iblis memainkan jarum halusnya melalui sahabatnya Dajjal, Freemason, kaum munafik, kafir dan fasik untuk manipulasikan perkataan Cinta itu daripada berfokuskan Cinta kepada Allah dan Rasul kepada Cinta sesama manusia, cinta kepada sains teknologi, cintakan harta benda dan cintakan anak isteri sedangkan perkara tersebut hanya layak dikasihi atau disayangi sahaja dan bukan di cintai. Memang semua itu juga haq Allah s.w.t tetapi ia hanya layak di kasihi atau disayangi dan tidak melebihi Cintakan Allah dan Rasul.

Demi menghakiskan kalimah Cinta kepada Allah dan Rasul, Iblis mempergunakan segenap kebolehan ilmunya melalui bantuan sahabatnya untuk menyesatkan manusia melalui :

1. Lagu dan Muzik yang liriknya hanya cintakan manusia. Membuai manusia dengan khayalan cinta sesama manusia sehingga ketahap tercabutnya kalimah cinta itu daripada untuk Allah s.w.t kepada cinta sesama makhluk.
2. Mempersembahkan kehebatan sains dan teknologi sehingga manusia lupa kehebatan Allah s.w.t. Sanggup menafikan kebenaran atau was was dengan kebenaran Al Quran semata-mata takjub dengan teknologi. Atau di kadar iman yang paling lemah menunggu sains membuktikan sesuatu baru meyakini Al Quran.
3. Melalaikan manusia yang berkuasa dengan menanamkan sifat sombong dan takbur.
4. Melalaikan manusia yang kaya dengan menanamkan sifat kedekut dan dengki.
5. Melalaikan manusia yang berilmu dengan menanamkan sifat sombong.
6. Melalaikan kehidupan manusia daripada menggunakan sistem Allah kepada sistem Iblis.

Iblis Syaitan dan Jin kafir amat takut menghampiri manusia yang Cintakan Allah s.w.t. Itulah kelemahan Iblis yang nyata. Iblis tidak takut/lemah dengan ilmu kamu ataupun amalan kamu tetapi Iblis takutkan ilmu dan amalan bersertakan Cintakan Allah s.w.t

Senjata kelemahan musuh sudah diketahui, hanya terserah kepada kita untuk menggunakannya. Doa orang yang Cintakan Allah s.w.t adalah doa yang mustajab. Sekiranya kita ditipu, ditindas, di fitnah…senjata yang paling mustajab adalah bangkitkan kalimah Cinta hanya kepada Allah didalam hati dan berdoalah siang dan malam. Insya Allah termakbullah doa kita. Hayati kisah bagaimana Asif Barqiya seorang ahli kitab dizaman Nabi Sulaiman yang Cintakan Allah s.w.t hanya melakukan sesuatu dengan niat/doa, dengan sekelipmata berpindahlah singahsana Balqis. Mampukah Einstien yang manusia agung agungkan itu melakukan sedemikan rupa dengan sains dan teknologi.

Pesanan Rasullulah s.a.w : Umat-umatku yang terbaik adalah mereka yang mudah marah tetapi mudah menangis.Mereka marah apabila aqidah kepada Allah dipermainkan dan mudah menangis apabila mendengar nama Allah s.w.t kerana terlalu Cintakan Allah s.w.t.

Carilah pengertian Kalimah Cinta yang sebenarnya dan bukan Kalimah Cinta yang diajarkan oleh manusia sekarang didalam lagu-lagu mereka. Carilah ilmu bagaimana untuk mengbangkitkan Kalimah Cintakan Allah. Kalimah cinta bukanlah kalimah yang boleh dibuat main-main sepertimana Iblis mengajar kita selama ini.

Sunday, May 23, 2010

Kemenangan Rima Fakih – Mencemarkan Maruah Wanita Islam

Pertandingan Ratu Cantik USA yang dimenangi oleh Rima Fakih baru-baru ini memberi satu tamparan hebat dan mencemarkan maruah wanita Islam. Sekali lagi imej Islam yang sudah cukup sempurna dari pelbagai aspek kehidupan dicalari. Pendedahan yang dibuat oleh beberapa akhbar seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam telah memenangi pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Menurut laporan akhbar, Rima Fakih merupakan wanita berusia 24 tahun, berketurunan Arab Lebanon telah menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA, 18 Mei lalu yang mewakili Negara Michigan. Pertandingan itu disertai oleh 51 peserta, berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Rima yang berasal dari Dearborn, Michigan telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003. Rima juga mengakui bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian..

Kenyataan yang dibuat oleh akhbar-akhbar mengenai kemenangannya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan terhadap wanita Islam.

1. Wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA.

Label Islam yang diketengahkan seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam juga menyertai dan layak memenangi pertandingan Ratu Cantik. Islam tidak pernah melarang umatnya terutama wanita untuk berhias dan kelihatan cantik. Namun, ada cara dan batas tertentu yang digariskan Islam. Pertandingan Ratu Cantik USA ini, sudah jelas bertentangan dengan hukum Islam terhadap aurat wanita Islam yang wajib dipelihara daripada pandangan lelaki ajnabi, apatah lagi dibuat tayangan atau satu pertandingan. Ini merupakan salah satu amalan masyarakat jahiliyah yang merendahkan martabat wanita dan hanya dilabelkan sebagai bahan pemuas nafsu, tanpa ada sebarang fungsi.

2. Pengakuan Rima bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Islam adalah agama yang sempurna, tanpa perlu bergantung kepada agama lain. Allah juga menyuruh manusia mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Bagaimanakah mahu mengamalkan dua agama yang sudah jelas perbezaan perkara usul, iaitu Ketauhidan. Disini dapat dilihat satu plot untuk menjatuhkan Islam daripada hasil kefahaman Islam Liberal yang semakin menular dengan merosakkan pemikiran umat Islam supaya tidak lagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta hukum Islam yang sedia ada dalam konteks dan teori keagamaan yang bebas.

3. Alternatif Pertandingan Ratu Cantik

Tahun lalu, bertempat di Riyadh, seorang pemenang Ratu Cantik Sukaina Al-Zayer yang berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa parasnya, namun dia bertuah kerana berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik. Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini.

Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Cantik Akhlak' dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa. Ukuran yang dilihat adalah berdasarkan komitmen peserta terhadap moral Islamik. Malah, pengutamaan diberi kepada jiwa dan moral yang dimiliki seseorang tanpa hanya mengira kecantikan.

Inilah imej yang dibawa oleh Islam. Dalam apa jua keadaan, hukum Islam tetap diutamakan dan diamalkan secara menyeluruh di dalam kehidupan. Penegasan Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 :

“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu, dan isteri orang-orang mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan jibabnya ke seluruh tubuh mereka. Demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu, mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Gambar sekadar hiasan



Berikut gambar siapakah Rima Fakih




Ketika Memenangi Pertandingan Ratu Cantik USA

Friday, May 21, 2010

REHLAH DI PANTAI MERDEKA



Hari : Jumaat dan Sabtu
Tarikh : 30 April 2010 dan 1 Mei 2010
Tempat : Telok Nipah, Pantai Merdeka
Masa : 10.15 pagi ( Jumaat ) – 5.30 petang ( Sabtu )
                Pada pagi Jumaat, selepas bersiap sedia dengan barang masing-masing dan sedikit peralatan memasak, kami bertolak ke Telok Nipah,Pantai Merdeka dengan tenang. Alhamdulillah, perjalanan pada hari tersebut berjalan dengan lancar dengan rahmat dan redha Allah hendak-Nya. Kira-kira pukul  dua belas tengahari, kami sampai dengan selamat di destinasi  rehlah kami. Kami menjamu selera dengan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak  Chalet Juwita.
               Selepas kaum muslimin pulang dari solat Jumaat, kami meneruskan salah satu agenda penting kami iaitu sesi taa’ruf. Maklumlah, peserta untuk program rehlah pada kali adalah pelajar PISMP PAI/BI/BA  semester 1 dan pelajar PPISMP PIAQ/BI/BA semester 2. Antara objektif sesi ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Kemudian, dengan mengikut arahan mentor , Ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat.selaku penaung untuk program santai ini, kami dipecahkan kepada enam  LDK. Kami ditugaskan untuk membuat persembahan yang kreatif  serta  mempunyai unsur  pembelajaran  sesuai dengan tanggungjawab kami untuk mendidik para pelajar sekolah rendah pada masa hadapan.
                Antara aktiviti paling menarik untuk dikongsi ialah pengalaman kami meredah batu-batu di pesisir  pantai untuk  ke Pantai Merdeka. Nasib kami baik kerana air laut pada petang tersebut dalam keadaan surut. Kira-kira 25 minit merempuh batu-batu yang besar dan agak berbahaya, akhirnya kami sampai ke Pantai Merdeka. Nampaknya suasana petang itu sangat meriah dengan suara kanak-kanak yang bermain air dan berenang. Kelihatan ramai orang awam mengambil peluang di hujung minggu bersantai dan berkelah bersama keluarga tercinta.
               Untuk pulang ke chalet, kami memilih jalan biasa yang melalui Kem PLKN Sri Kandi. Walaupun sangat penat berjalan pada petang itu, kami berasa sangat gembira kerana pengalaman sebegini jarang kami lalui terutamanya bersama-sama rakan-rakan. Kami sampai di kawasan chalet pada waktu maghrib. Tanpa melengahkan masa kami makan malam dan bersiap untuk melakukan solat secara berjemaah. Selepas itu, kami meneruskan persembahan yang dirancang  dalam LDK masing-masing. Aktiviti kami berlangsung dengan meriah dengan kedatangan Ustaz Azhar dan keluarga serta Ustazah Fadzliyah dan anaknya. Keletah anak-anak yang aktif ini sangat mencuit hati kami kerana mereka turut bersemangat melakukan aktiviti yang kami lakukan seperti Pemberita Berkepala Lima, Si Sempurna, Si Pekak & Si Bisu, Dikir Barat & Permainan Konji, Pusing badan serta Cinta Pantai Merdeka. Paling menarik perhatian para peserta ialah persembahan latihan fizikal oleh kumpulan terakhir iaitu Melambung Kawan dan Lalang Ditiup Angin. Antara program klimak yang muncul secara spontan ialah kami dapat menyaksikan persembahan nasyid oleh saudara Ibrahim, Nazmi, Anwari berduet dengan kanak-kanak riang iaitu anak-anak ustaz-ustaz..
               Malam yang meriah itu tidak lengkap sekiranya tidak diiringi dengan upacara makan barbeku. Rancangan ini diteruskan sepertimana  yang telah tertulis di tentatif program. Kami dihidangkan bihun goreng, ubi,ayam dan hotdog barbeku, koktail serta dadih. Bukan itu sahaja, kami juga disajikan dengan tayangan video mengenai  tokoh perjuangan Islam.
               Keesokan hari, semua peserta berkumpul untuk mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudara Nuruddin selepas sempurna menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebelum bersarapan bagi mengumpul tenaga untuk aktiviti ‘jungle tracking’, kami masih sempat mengambil gambar kenangan ditepi pantai. Kami juga diingatkan untuk membawa sebotol air mutlak  semasa melakukan  aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh saudara Aiman Zaki.
                Di ‘checkpoint’ pertama, kami diberi sedikit penerangan mengenai  cara berwudhuk dengan menggunakan sebotol air oleh Syeikh Al-Kabir, Ustaz Azhar . Oleh itu, kami dapat mengetahui tema di ‘checkpoint’ tesebut iaitu ‘Kejahilan membuatkan sesuatu perkara menjadi susah’. Di ‘checkpoint’ seterusnya, kami diberi tugas untuk mencari flora yang unik dan mengaitkan dengan ciptaan Allah yang Maha Kuasa.  Di sini, kami sedar bahawa Allah itu Maha Halus dan sesuai dengan salah satu nama Allah yang telah tercatat dalam 99 nama Allah iaitu ‘Al-Latif’.
               Perjalanan kami diteruskan lagi. Namun, kami dikejutkan dengan berita bahawa sahabat kami , saudara Habib Nuh, tercedera sewaktu turun dari cerun bukit. Suasana agak cemas kerana beliau tidak dapat berjalan. Selepas mendapat rawatan paramedik dari kalangan kami, sahabat-sahabat muslimin yang lain berusaha untuk mengangkat beliau. Di akhir ‘checkpoint’ kami semua tersedar bahawa beliau hanya berpura-pura sakit untuk menguji  kekuatan semangat berpasukan antara kami. Rupa-rupanya, ustaz Azhar dan Ustaz Radzi merupakan dalang dalam rancangan ini. Nampaknya ramai yang  tertipu, namun di sini kami sedar akan nilai positif yang tersiratJ..
               Kami sempat untuk makan dan minum di Pantai Merdeka sambil berehat melihat keindahan pantai. Kemudian, kami balik ke chalet untuk makan tengahari dan mengadakan majlis penutup. Semasa maslis penutup, ustaz Radzi merasmikan program rehlah ini dan mendapatkan sedikit respon daripada para peserta. Alhamdulillah, semua peserta dan keluarga pensyarah sangat berpuas hati dengan program ini dan tidak sabar-sabar untuk mengadakan program seperti ini pada masa akan datang. Kami bertolak pulang ke kolej kediaman pada pukul 3 petang dan sampai di destinasi kira-kira pukul 5 petang. Diharap aktiviti seperti ini akan dirancangkan untuk pada semester akan datang bagi mngukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara kami. InsyaAllah


Thursday, May 20, 2010

Saturday, May 15, 2010

Al-Adab al-Mufrad by, Imam Al-Bukhari

PARENTS

1. Honouring Parents: The Words of Allah Almighty: "We have instructed man to honour his parents." (29:8)

- Abu 'Amr ash-Shaybani said, "The owner of this house (and he pointed at the house of 'Abdullah ibn Mas'ud) said, "I asked the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, which action Allah loves best. He replied, 'Prayer at its proper time.' 'Then what?' I asked. He said, 'Then kindness to parents." I asked, 'Then what?' He replied, 'Then jihad in the Way of Allah.'" He added, "He told me about these things. If I had asked him to tell me more, he would have told me more."

- 'Abdullah ibn 'Umar said, "The pleasure of the Lord lies in the pleasure of the parent. The anger of the Lord lies in the anger of the parent."

2. Dutifulness to One's Mother

- Bahz ibn Hakim's grandfather said, "I asked, 'Messenger of Allah, to whom should I be dutiful?' 'Your mother,' he replied. I asked, 'Then whom?' 'Your mother,' he replied. I asked, 'Then whom?' 'Your mother,' he replied. I asked, 'Then whom?' 'Your mother,' he replied. I asked, 'Then to whom should I be dutiful?' 'Your father,' he replied, 'and then the next closest relative and then the next.'"

- 'Ata' ibn Yasar said that a man came to Ibn 'Abbas and said, "I asked a woman to marry me and she refused to marry me. Another man asked her and she agreed to marry him. I became jealous and killed her. Is there any way for me to repent?" He asked, "Is your mother alive?" "No," he replied. He said, "repent to Allah Almighty and try to draw near Him as much as you can."
'Ata' said, "I went to Ibn 'Abbas and asked him, 'Why did you ask him whether his mother was alive?' He replied, 'I do not know of any action better for bringing a person near to Allah than dutifulness to his mother.'"

Friday, May 7, 2010

Keajaiban Bilangan Kalimah Dalam Al-Quran





Al-Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 ssahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:


Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_ t) : 167
Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah) : 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah) : 16

.

Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n) : 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat) : 83

Keta’atan (ath-tha’aat) : 83

Hidayah (al-hida_yah) : 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat) : 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11

.

Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12


kredit to :
http://waladi-dimalaysia.blogspot.com

Thursday, May 6, 2010

Gotong- Royong Perdana IPG Kampus Darul Aman


HARI : KHAMIS
TARIKH : 22 APRIL 2010
TEMPAT : DI HADAPAN SRI CAFÉ KANTAN, IPG KAMPUS DARUL AMAN
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
               Pada pagi Khamis yang cerah, semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman berkumpul untuk menjayakan salah satu program yang dianjurkan oleh pelajar  PISMP semester 3. Semua warga institut kelihan bersemangat dengan berpakaian T-shirt untuk melakukan gotong-royong perdana ini.  Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menceriakan kawasan institut, di samping membuat persiapan untuk Majlis Konvokesyen yang bakal diadakan pada 29 April. Kebetulan pula, hari tersebut juga merupakan ‘ English Day’. Warga institut diwajibkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepanjang hari tersebut..It’s fun! hehe…
               Kelas  kami diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan berdekatan Café Sri Kantan bersama dua kelas lain iaitu KPLI Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas.  Ketiga-tiga  kumpulan kami ini diberi tugas untuk menggembur tanah, mengecat  dinding dan membersihkan kawasan di sekitar café. Kumpulan kami dikelolakan  oleh Ustaz  Osman Azumi dan berada dalam kawalan mentor masing-masing. Selepas mendapat sedikit taklimat, kami memulakan agenda yang mulia ini. Pelajar lelaki memulakan tugas membersihkan kawasan roundabout berhadapan dengan masjid An-Nur yang banyak dipenuhi dengan pokok-pokok bunga. Selain itu, mereka memotong pucuk pokok yang berjuntai di tengah-tengah kawasan roundabout yang menjadi kebanggaan warga Institut.
               Manakala, pelajar perempuan pula membersihkan longkang dan kawasan yang berhadapan dengan bangunan pentadbiran, bangunan Bendahara. Pada mulanya, kami agak kebingungan untuk memulakan tugas bergotong-royong ini kerana ketiadaan alatan. Alhamdulillah, selepas mendapatkan alatan kami dengan gembira menyelesaikan tugasan kami. Seperti biasa, sambil bergotong-royong ada yang sempat mengambil gambar untuk tatapan semua pada masa akan datang.Dan, yang paling penting untuk santapan para pengunjung blog ini..heee
               Selepas itu, kami dipanggil untuk berkumpul bersama. Selepas membersihkan tangan, kami seperti biasa berposing mengambil gambar kenanganJ.  Alhamdulillah, rezeki kami murah hari ini kerana mentor kesayangan kami, Ustaz Mohd Radzi sudi membelanjakan ‘teh O limau’ kepada kami semuaJ. Sambil bersila di atas rumput beramai-ramai, kami membasahkan tekak dengan menikmati minuman ais itu.
               Kira-kira pukul 12.00 tengahari, gotong-royang perdana  telah tamat. Masing-masing pulang ke kolej kediaman dengan hati yang gembira. Melalui program sebegini, ukhwah yang terjalin antara ahli kelas kami dan kelas lain menjadi lebih rapat. Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup bersaudara ini dan bersyukur akan tali persahabatan yang bakal menjadi kenangan manis walaupun kita sudah berjauhan suatu hari nanti.insyaAllah

              
         

Monday, May 3, 2010

FACEBOOK : aNDa PeNeNTu HaLaL HaRaMNYa...


Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak,
remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat FB, mereka
kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah
rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif FB juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?

Hukum penggunaan FB ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam
apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg
adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk
bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan FBnya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin
tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan
menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan FB kerana
didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi..?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan
membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan
pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk
ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL,
yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.


Bila Facebook menjadi Haram?

Hukum mengguna dan membuka akaun FB pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan
selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

FB sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan
perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun FB hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, FB kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian FB sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di FB dengan aplikasi yang
melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti
pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi
keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward
Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana
membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar
status 'maried' kepada 'single' pada profile FBnya.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunakan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman...

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails