Hari : Jumaat dan Sabtu
Tarikh : 30 April 2010 dan 1 Mei 2010
Tempat : Telok Nipah, Pantai Merdeka
Masa : 10.15 pagi ( Jumaat ) – 5.30 petang ( Sabtu )
Selepas kaum muslimin pulang dari solat Jumaat, kami meneruskan salah satu agenda penting kami iaitu sesi taa’ruf. Maklumlah, peserta untuk program rehlah pada kali adalah pelajar PISMP PAI/BI/BA semester 1 dan pelajar PPISMP PIAQ/BI/BA semester 2. Antara objektif sesi ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Kemudian, dengan mengikut arahan mentor , Ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat.selaku penaung untuk program santai ini, kami dipecahkan kepada enam LDK. Kami ditugaskan untuk membuat persembahan yang kreatif serta mempunyai unsur pembelajaran sesuai dengan tanggungjawab kami untuk mendidik para pelajar sekolah rendah pada masa hadapan.
Antara aktiviti paling menarik untuk dikongsi ialah pengalaman kami meredah batu-batu di pesisir pantai untuk ke Pantai Merdeka. Nasib kami baik kerana air laut pada petang tersebut dalam keadaan surut. Kira-kira 25 minit merempuh batu-batu yang besar dan agak berbahaya, akhirnya kami sampai ke Pantai Merdeka. Nampaknya suasana petang itu sangat meriah dengan suara kanak-kanak yang bermain air dan berenang. Kelihatan ramai orang awam mengambil peluang di hujung minggu bersantai dan berkelah bersama keluarga tercinta.
Untuk pulang ke chalet, kami memilih jalan biasa yang melalui Kem PLKN Sri Kandi. Walaupun sangat penat berjalan pada petang itu, kami berasa sangat gembira kerana pengalaman sebegini jarang kami lalui terutamanya bersama-sama rakan-rakan. Kami sampai di kawasan chalet pada waktu maghrib. Tanpa melengahkan masa kami makan malam dan bersiap untuk melakukan solat secara berjemaah. Selepas itu, kami meneruskan persembahan yang dirancang dalam LDK masing-masing. Aktiviti kami berlangsung dengan meriah dengan kedatangan Ustaz Azhar dan keluarga serta Ustazah Fadzliyah dan anaknya. Keletah anak-anak yang aktif ini sangat mencuit hati kami kerana mereka turut bersemangat melakukan aktiviti yang kami lakukan seperti Pemberita Berkepala Lima, Si Sempurna, Si Pekak & Si Bisu, Dikir Barat & Permainan Konji, Pusing badan serta Cinta Pantai Merdeka. Paling menarik perhatian para peserta ialah persembahan latihan fizikal oleh kumpulan terakhir iaitu Melambung Kawan dan Lalang Ditiup Angin. Antara program klimak yang muncul secara spontan ialah kami dapat menyaksikan persembahan nasyid oleh saudara Ibrahim, Nazmi, Anwari berduet dengan kanak-kanak riang iaitu anak-anak ustaz-ustaz..
Malam yang meriah itu tidak lengkap sekiranya tidak diiringi dengan upacara makan barbeku. Rancangan ini diteruskan sepertimana yang telah tertulis di tentatif program. Kami dihidangkan bihun goreng, ubi,ayam dan hotdog barbeku, koktail serta dadih. Bukan itu sahaja, kami juga disajikan dengan tayangan video mengenai tokoh perjuangan Islam.
Keesokan hari, semua peserta berkumpul untuk mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudara Nuruddin selepas sempurna menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebelum bersarapan bagi mengumpul tenaga untuk aktiviti ‘jungle tracking’, kami masih sempat mengambil gambar kenangan ditepi pantai. Kami juga diingatkan untuk membawa sebotol air mutlak semasa melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh saudara Aiman Zaki.
Di ‘checkpoint’ pertama, kami diberi sedikit penerangan mengenai cara berwudhuk dengan menggunakan sebotol air oleh Syeikh Al-Kabir, Ustaz Azhar . Oleh itu, kami dapat mengetahui tema di ‘checkpoint’ tesebut iaitu ‘Kejahilan membuatkan sesuatu perkara menjadi susah’. Di ‘checkpoint’ seterusnya, kami diberi tugas untuk mencari flora yang unik dan mengaitkan dengan ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Di sini, kami sedar bahawa Allah itu Maha Halus dan sesuai dengan salah satu nama Allah yang telah tercatat dalam 99 nama Allah iaitu ‘Al-Latif’.
Perjalanan kami diteruskan lagi. Namun, kami dikejutkan dengan berita bahawa sahabat kami , saudara Habib Nuh, tercedera sewaktu turun dari cerun bukit. Suasana agak cemas kerana beliau tidak dapat berjalan. Selepas mendapat rawatan paramedik dari kalangan kami, sahabat-sahabat muslimin yang lain berusaha untuk mengangkat beliau. Di akhir ‘checkpoint’ kami semua tersedar bahawa beliau hanya berpura-pura sakit untuk menguji kekuatan semangat berpasukan antara kami. Rupa-rupanya, ustaz Azhar dan Ustaz Radzi merupakan dalang dalam rancangan ini. Nampaknya ramai yang tertipu, namun di sini kami sedar akan nilai positif yang tersiratJ..
Kami sempat untuk makan dan minum di Pantai Merdeka sambil berehat melihat keindahan pantai. Kemudian, kami balik ke chalet untuk makan tengahari dan mengadakan majlis penutup. Semasa maslis penutup, ustaz Radzi merasmikan program rehlah ini dan mendapatkan sedikit respon daripada para peserta. Alhamdulillah, semua peserta dan keluarga pensyarah sangat berpuas hati dengan program ini dan tidak sabar-sabar untuk mengadakan program seperti ini pada masa akan datang. Kami bertolak pulang ke kolej kediaman pada pukul 3 petang dan sampai di destinasi kira-kira pukul 5 petang. Diharap aktiviti seperti ini akan dirancangkan untuk pada semester akan datang bagi mngukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara kami. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment