HARI : KHAMIS
TARIKH : 22 APRIL 2010
TEMPAT : DI HADAPAN SRI CAFÉ KANTAN, IPG KAMPUS DARUL AMAN
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Pada pagi Khamis yang cerah, semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman berkumpul untuk menjayakan salah satu program yang dianjurkan oleh pelajar PISMP semester 3. Semua warga institut kelihan bersemangat dengan berpakaian T-shirt untuk melakukan gotong-royong perdana ini. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menceriakan kawasan institut, di samping membuat persiapan untuk Majlis Konvokesyen yang bakal diadakan pada 29 April. Kebetulan pula, hari tersebut juga merupakan ‘ English Day’. Warga institut diwajibkan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sepanjang hari tersebut..It’s fun! hehe…
Kelas kami diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan berdekatan Café Sri Kantan bersama dua kelas lain iaitu KPLI Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas. Ketiga-tiga kumpulan kami ini diberi tugas untuk menggembur tanah, mengecat dinding dan membersihkan kawasan di sekitar café. Kumpulan kami dikelolakan oleh Ustaz Osman Azumi dan berada dalam kawalan mentor masing-masing. Selepas mendapat sedikit taklimat, kami memulakan agenda yang mulia ini. Pelajar lelaki memulakan tugas membersihkan kawasan roundabout berhadapan dengan masjid An-Nur yang banyak dipenuhi dengan pokok-pokok bunga. Selain itu, mereka memotong pucuk pokok yang berjuntai di tengah-tengah kawasan roundabout yang menjadi kebanggaan warga Institut.
Manakala, pelajar perempuan pula membersihkan longkang dan kawasan yang berhadapan dengan bangunan pentadbiran, bangunan Bendahara. Pada mulanya, kami agak kebingungan untuk memulakan tugas bergotong-royong ini kerana ketiadaan alatan. Alhamdulillah, selepas mendapatkan alatan kami dengan gembira menyelesaikan tugasan kami. Seperti biasa, sambil bergotong-royong ada yang sempat mengambil gambar untuk tatapan semua pada masa akan datang.Dan, yang paling penting untuk santapan para pengunjung blog ini..heee
Selepas itu, kami dipanggil untuk berkumpul bersama. Selepas membersihkan tangan, kami seperti biasa berposing mengambil gambar kenanganJ. Alhamdulillah, rezeki kami murah hari ini kerana mentor kesayangan kami, Ustaz Mohd Radzi sudi membelanjakan ‘teh O limau’ kepada kami semuaJ. Sambil bersila di atas rumput beramai-ramai, kami membasahkan tekak dengan menikmati minuman ais itu.
Kira-kira pukul 12.00 tengahari, gotong-royang perdana telah tamat. Masing-masing pulang ke kolej kediaman dengan hati yang gembira. Melalui program sebegini, ukhwah yang terjalin antara ahli kelas kami dan kelas lain menjadi lebih rapat. Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup bersaudara ini dan bersyukur akan tali persahabatan yang bakal menjadi kenangan manis walaupun kita sudah berjauhan suatu hari nanti.insyaAllah
No comments:
Post a Comment