Hari : Rabu
Tarikh : 19 Mei 2010
Tempat : Café Selasih, Kuala Nerang, Kedah
Masa : 12.00 tengahari – 4.00 petang
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 35 minit itu agak menarik kerana kami dapat melihat pemandangan kampung yang cantik. Walaupun terdapat jalan tersebut merupakan jalan kampung yang masih dalam proses penambahbaikkan, kami masih berasa selesa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.
Sesampainya kami di Café Selasih, kami disambut dengan layanan yang istimewa oleh tauke café tersebut. Pada awalya, kami dihidangkan ‘skyjuice’ dan ‘orange juice’ bagi membasahkan tekak yang dahaga. Kenudian , para pekerja tersebut menghidangkan set ‘chicken chop’, nasi, dan pencuci mulut. Selepas membaca doa, kami menjamu selera dengan nikmatnya hehe..Sambil menikmati hidangan, ada juga antara kami mencuri peluang untuk mengambil gambar candid untuk tatapan bersama pada masa akan datang. Mereka juga tidak lupa menghidangkan beberapa pinggan spaggeti yang sangat lazat.
Selepas puas menikmati hidangan yang menyelerakan di café, kami bertolak pula ke teratak indah salah seorang mentee iaitu Nur Syazwani binti Mohd Nasir di Taman Desa Seri Emas. Kedatangan kami disambut dengan meriah oleh keluarga beliau. Di sana , walaupun sudah kenyang, kami masih mampu untuk menjamah kuih badak dan kuih cara..Terima kasih kepada keluarga beliau. Lain hari, InsyaAllah boleh berkunjung lagi ke sana
Kami bertolak pulang setelah selesai semua perancangan pada hari tersebut. Alhamdulilah, perjalanan program pada hari tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Syukran jazilan kepada semua atas komitmen yang diberi terutamanya mentor kesayangan kami, En. Mohd Radzi bin Lebai Mat kerana menjana minda kami untuk menjalankan baramij yang sentiasa dapat mengikat tali silaturrahim antara kami.Ukhwah fillah Abadan abada
No comments:
Post a Comment