Thursday, June 24, 2010

Pria 'Cacat' Idaman Wanita

Lelaki cacat idaman wanita, begitulah lebih kurang tajuk yang dikupas oleh seorang ustaz, yang didengar oleh seorang penulis (salah sorang penulis dalam akhbar ILUVISLAM). Dan disini pula, saya ingin ringkaskan apa yang saya baca dari hasil penulisan beliau dan juga memberi sedikit pandangan.. insyaallah... harap, sahabat2 dapat memberi respon pada komen entri ini atas pandangan dan persoalan yang saya timbulkan.. sama-samalah kita hayati...

.....................................................................................................................................................................

 Bagaimana seorang lelaki yang tak cukup sifat menjadi idaman wanita. 'Bukan cacat fizikal, tapi kecacatan ini adalah kerana sifat dan kepatuhannya kepada agama,'begitulah penjelasan penceramah berkenaan. Sifat lelaki cacat pertama adalah seorang yang BAKHIL. Kedekut dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya. Jua bakhil dalam membuang masa untuk membuat temu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahi. ~tapi sekarang, kalau kita tak senyum pada yang berlainan jantina, orang akan kata kita sombong!! 'Malah, lelaki ini juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya. bagaimanapun, dia begitu pemurah ketika meluangkan masa dengan ALLAH. Tegas dalam kemurahannya mempertahankan aqidah, menghulurkan nasihat secara teguran,'sambung penceramah itu lagi.

 'Seorang lelaki idaman wanita adalah lelaki yang PAPA KEDANA dalam ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat. MISKIN dalam perkara melakukan maksiat. PAPA dalam memiliki akhlak yang tidak baik.' ~tapi, kadang2, bila kita nak tegur kawan yg salah,kita pula dianggap sebagai orang yang x sporting, skema...
 'Namun, dia sebenarnya KAYA dalam memiliki AKHLAK yang MULIA. Kaya dengan kesabaran menghadapi ujian hidup. Malah kaya dalam membina impian untuk SYAHID di jalan ALLAH'...

 'Ciri ketiga bagi seorang lelaki dambaan wanita adalah mereka yang BISU, iaitu bisu daripada sebarang pujuk rayu yang manis dan bisa menggongcang iman.' Lelaki sebegini adalah golongan yang sentiasa membasahkan bibirnya dengan mengingati Allah. Lidahnya tidak pernah lekang daripada membaca AlQuran.Lebih dari itu, dia pula seorang yang lantang menyatakan kebenaran.
 'Lelaki begini bisu mulutnya daripada mengungkapkan ungkapan meracun fikiran. Malah dia bisu daripada sebarang perkataan yang boleh mengundang kekufuran.'

 'Ciri keempat adalah seorang yang matanya BUTA daripada melihat perkara-perkara maksiat dan tidak berguna. Kedua-dua matanya buta daripada memandang aurat wanita yang tidak halal baginya. Malah dia sering mengalihkan pandangannya untuk menikmati kebesaran Allah daripada mempesonakan matanya kepada perkara yang haram.
 "Jadi, apakah kita semua ini telah melengkapkan diri untuk menjadi lelaki idaman wanita? Begitulah, sekiranya mahukan wanita solehah, pastikan diri kita menjadi lelaki yang soleh."

................................................................................................................................................................

Begitulah kesimpulan yang telah dibuat oleh ustaz tersebut.
Sebenarnya, bukan sahaja lelaki cacat seperti yang diterangkan di atas idaman wanita, tetapi juga, wanita yang bersifat seperti itu juga adalah idaman lelaki soleh. Oleh itu, sama-samalah membina diri menjadi yang terbaik. Berusahalah menjadi yang terbaik bukan untuk menjadi idaman manusia, tetapi jadilah yang terbaik KERANA ALLAH.. SEBAGAI HAMBA YANG BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG DILIMPAHKAN OLEH-NYA..dan juga sebagai PENGABDIAN DIRI KITA KEPADA-NYA..  Insyaallah...

No comments:

Post a Comment

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails