Terkedu seketika ketika menatap tajuk di atas, mujur dosa itu tidak berbau. Kalau ia berbau bagaimana agaknya ya?Akan adakah orang yang akan mendekati kita? Bagaimana baunya?Astaghfirullah.... Sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi... Sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri...
Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, adakala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tetapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar, dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan.
Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain. Namun, MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri! Renung- renungkanlah....

No comments:
Post a Comment