Saturday, July 31, 2010

RAMADHAN..KEDATANGANMU KUNANTI...




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Selawat dan salam saya tujukan buat Nabi Muhammad S.A.W, para keluarganya, para sahabat, tabi', tabi' tabiin dan insan-insan yang sentiasa memperjuangkan Islam pada ketika ini:-)

Pejam celik-pejam celik, kita sekarang sedang menunggu kehadiran bulan yang penuh barakah dan mulia..bulan Ramadhan yang kita nantikan ini kian menjelang..moga Allah panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah puasa untuk tahun ini ..InsyaAllah =)

Untuk ruangan kali ini, sama-samalah kita hayati hikmah-hikmah berpuasa..semoga Ramadhan kali ini kita berpuasa bukan sahaja dengan menahan lapar dan dahaga malah kita dapat mengawal nafsu kita...Ditambah pula dengan amalan-amalan sampingan seperti bersedekah, qiamullail dan tadarus..Sama-samalah kita doakan supaya diri kita mampu bertahan melawan nafsu serta beristiqamah dalam setiap amalan..Aminnn...

Firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 185 yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Puasa dari Sudut Kesihatan

sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.

Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Apabila darah kita terlampau alkali / asid, ia boleh diseimbangkan kepada neutral
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata


Selamat Menyambut Puasa :-)

No comments:

Post a Comment

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails