Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 6.30 petang- 9.00 malam
Tempat : Restoran Bendang D’ Kelubi
Keadaan di belakang restoran sementara menunggu kedatangan keluarga mentor tersayang
Strategi untuk mengadakan sambutan hari lahir mentor bermula sejak majlis makan tomyam di masjid an-nur. Kami telah berpakat untuk memberi kejutan sambil dibantu oleh isteri Ustaz Radzi, Ustazah Adliza dan beberapa orang anak-anaknya. Hal ini kerana kami memerlukan maklumat tentang saiz baju untuk mentor kesayangan kami ini. Akhirnya, kami bercadang untuk membeli pakaian batik hitam keperangan buat ustaz.
Pada hari kejadian, kami bertolak ke Restoran Bendang Kelubi dengan kenderaan sendiri. Setelah sampai di sana, kami berbincang dengan lebih terperinci untuk membuat kejutan apabila menyambut kedatangan ustaz sekeluarga nanti. Sambil berbincang, kami bersembunyi di belakang surau yang disediakan di restoran tersebut.
Ustaz Radhi kelihatan terkejut dengan kehadiran kami semua
Antara juadah berbuka puasa pada hari ini
Selepas menikmati kek dan air bandung, sesi bergambar kenangan pula diadakan. Pelbagai pose daripada rakan-rakan sekelas dan anak-anak ustaz. Kami pulang ke kolej kediaman kira-kira pukul 9 malam untuk menunaikan solat trawikh berjemaah. Semoga ukhwah yang terjalin di antara kita terus berkekalan hingga ke akhir hayat.InsyaAllah