Saturday, June 4, 2011

Kembali bersua

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum... Alhamdulillah, bertemu lagi kita kali ini setelah semuanya berdiam diri hampir satu semester. Mungkin terkejut dengan perubahan masuk ke PISMP dan mungkin juga masing-masing sibuk dengan tugas yang pelbagai. Itulah realiti kehidupan sebenar. Kehidupan dunia yang penuh dengan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA, sebagai seorang ANAK, sebagai seorang bakal pendidik dan walau siapa saja pon kita. Kita akan hanyut dengan urusan dunia sahaja jika kita tidak luangkan masa untuk urusan akhirat. Fikir-fikir dan renungkan setakat mana persediaan kita untuk bertemu dengan-NYA.

Bukan hendak berceramah atau bertazkirah disini kerana saya bukanlah orang yang layak untuk berbuat demikian. Sekadar untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya juga membaca dari beberapa sumber sebagai peringatan dan nasihat kepada saya sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi meluangkan masa untuk membaca,  dalam meniti kehidupan ini.

Kata-Kata Hikmah
================
Dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam bukunya 'Wasiat & Nasihat Kerohanian'.. telah disampaikan:

"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."


HADIS QUDSI
Catatan Kebaikan dan Keburukan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W yang bermaksud

ALLAH berfirman, Jika hamba-ku berniat melalakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahanya hingga ia melakukannya
Jika ia telah melakukakanya, tulislah dengan semisalnya.
Jika ia meninggalkanya kerana Ku, tulislah untuknya satu kebaikan
Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan
Jika telah melalakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda

(Riwayat al-Bukhari -6126- dan Muslim -131-)
solusi n017

>>Jadi, walau sesibuk mana pon kita, marilah sama-sama kita melakukan kebaikan dan berusaha mengejar kejayaan yang kita impikan. Bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat. Insyaallah...

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)

No comments:

Post a Comment

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails