Thursday, February 11, 2010

Berbuka puasa di rumah mentor



Hari : Jumaat
Tarikh : 11 September 2009
Tempat : Kediaman Encik Mohd Radzi bin Lebai Mat
Masa : 6.30 petang-11.00 malam
Kami menunggu kedatangan ustaz di Surau An-Nur sebelum bertolak untuk berbuka puasa di rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat 11 September.Hari itu merupakan hari yang ke dua puluh umat Islam berpuasa dalam bulan mulia,bulan Ramadhan.
Sesudah sampai di teratak cantik Ustaz Mohd Radzi bin Lebai Mat, mentee perempuan menolong serba-sedikit isterinya di dapur.Sayangnya pada hari tersebut kami kekurangan salah seorang rakan kami, saudari Nurhafiza kerana beliau pulang ke kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang atas alasan peribadi.
Kebanyakkan juadah berbuka seperti ayam golek,daging masak kicap dan gulai rebung telah disediakan walaupun setahu kami Ustaz tidak mempunyai anak perempuan.Paling istimewa adalah apabila rakan kami,Huda sanggup berkongsi ilmu membuat koktail.
Tak sabar rasanya kami pada waktu itu walaupun berpuasa, untuk merasa pencuci mulut air tangan Huda hehe..Pada masa yang sama, mentee lelaki pula menyiapkan tempat berbuka di ruang tamu sambil berkenalan dengan anak-anak ustaz.Ada juga yang menunggu waktu berbuka dengan membaca surat khabar.
Kami berbuka puasa dengan kurma dan kuih- muih yang dibuat oleh ustazah terlebih dahulu sebelum makan besar pada malam itu.Ternyata kuih buatan terutamanya buah melaka sangat sedap dan mendapat sambutan hangat hehe..

Selepas menunaikan solat maghrib, barulah kami semua menjamah nasi dan lauk-pauk yang terhidang.Mentee perempuan semuanya sangat sukakan hidangan pada malam itu dan koktail Huda.Kami mengusik Huda untuk menyediakan koktail di asrama kelak.
Kemudian, kami menunaikan solat Isyak dan solat tarawikh jemaah berimamkan Ustaz.Pada waktu ini, kami berasa sangat tenang dan harmoni bersembahyang beramai-ramai teutamanya dengan ahli keluarga ustaz.Dengan ini terubatlah sedikit rasa rindu akan keluarga dalam kalangan kami yang jauh dari keluarga huhu..
Sebelum pulang kami masih lagi dihidang dengan makanan dan buah-buahan.Rupanya dalam kalangan kami ada yang baru mengenal buah rambai.. shahdunya huhu..Kami juga tidak lupa untuk membawa pulang makanan untuk dimakan semasa sahur di asrama.

Kami bertolak pulang kira-kira pukul 11.00 malam selepas bergambar dengan ahli keluarga ustaz.Mentee lelaki pulang terlebih dahulu bersama dengan anak sulung ustaz,Aiman.Manakala mentee perempuan pulang selepas itu dan dihantar oleh ustazah sendiri.
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga meluangkan satu hari untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga mentor.Diharapkan supaya ukhwah dan talian silaturrahim antara kami akan lebih kuat melalui aktiviti seperti ini.InsyaAllah, jika masih ada sinar Ramadhan untuk kita pada tahun-tahun mendatang, peluang seperti ini tak akan dilepaskan sama sekali.



No comments:

Post a Comment

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails