Hari : IsninTarikh : 26 Oktober 2009
Tempat : Muzium Padi , Gunung Riang , Kedah
Masa : 2.40 petang – 5.35 petang

Selepas mengadakan perjumpaan mentor pada hari Rabu bersamaan 21 Oktober di Masjid An-Nur kami telah bersepakat dengan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Padi yang terlatak berhampiran dengan Pusat Sains.Mentor kesayangan kami, Encik Mohd Radzi bin Lebai Mat turut mengajak beberapa orang ahli kelab tenis institut untuk menyertai lawatan sambil belajar ini.
Kira-kira pukul 2.40 petang pada hari Isnin kami telah bertolak ke Muzium Padi.Pada asalnya kami telah bersetuju untuk memulakan lawatan pada pukul 2.00 petang tetapi kebanyakkan dari kami iaitu pelatih guru PPISMP semester satu agak kepenatan kerana terlibat dengan Bulan Bahasa Peringkat Negeri Kedah pada sebelah pagi.
Kira-kira setengah jam kami telah sampai di Muzium Padi.Setelah membayar RM 1 dan RM 3 ( kamera ) untuk yuran lawatan di kaunter, kami diberi keizinan untuk melawat di sekitar Muzium Padi.Destinasi lawatan kami yang pertama adalah melawat di tingkat atas muzium yang memaparkan lukisan pemandangan di sekitar Gunung Riang.Menurut pegawai yang bertugas, lukisan pemandangan yang sangat menarik itu diilhamkan oleh seorang pelukis Korea dan mengambil masa beberapa tahun untuk menyiapkannya.Kebanyakkan mentee yang mengikuti lawatan ini sangat teruja dengan lukisan tersebut kerana lukisan itu betul-betul ‘hidup’.
Lukisan ini memaparkan aktiviti sosial masyarakat di sekitar kampung di Gunung Riang seperti bersawah, berniaga, dan mengadakan kenduri.Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat melihat suasana yang harmoni serta semangat kerjasama yang dipraktikkan dalam masyarakat kampung tradisional.
Selepas itu, kami turun ke bahagian bawah untuk melihat pelbagai barangan yang digunakan oleh petani dan pesawah semasa melakukan aktiviti bersawah.Menurut informasi yang kami dapat selepas melihat papan tanda di situ, terdapat dua musim iaitu musim timur dan musim barat.
Semasa musim barat ( hujan ) aktiviti menanam padi dilakukan manakala pada musim timur ( kemarau ) aktiviti memotong padi dilakukan.Aktiviti menangkap turut dilakukan pada kedua-dua musim.Pada musim hujan terdapat pula lintah,sejenis kumpulan cacing tanah di kawasan sawah padi.




No comments:
Post a Comment