Thursday, April 1, 2010

Hanya Untukmu Illahi



Hatiku berdegup kencang
Tatkala melewati ayat Allah

“kul inna solati wanusuki
Wa mahyaaya wa mamati
Lillahi Rabbil ‘alamin”
Lantas bertubi soalan menyerangku
Semata mendapatkan jawapan
Akan kebenaran ayat itu dariku

Benarkah solatku Illahi?
Sering hati tiada bersama dalam solatku
Bacaan yang kusebut tiada ku hayati
Ruku’ dan sujud tiada ku nia’mati
Peluang berbicara dengan Allah tiada ku ternanti-nanti
Waktu menunaikan kadangkala kulepasi

Benarkah belajarku Illahi?
Pergiku ke kuliah penuh keterpaksaan
Aku siapkan assignment dalam kemalasan
Bila tidak faham mengomel aku sendirian
Menjelang peperiksaan lantas aku kerisauan
Soalan yang susah lantas aku menyalahkan
Usaha kutabur sedikit
Kejayaan besar kuharapkan

Benarkah makanku Illahi?
Bila menghadap rezeki aku kealpaan
Bersenang lenang aku meremehkan nikmat yang diberikan
Kadangkala melebihi had hingga timbul kemalasan
Kadangkala ku bazirkan yang berlebihan
Tenaga dari makan tiada kugunakan perbaiki amalan
Kupenuhi nafsu makanku tanpa memelihara iman

Benarkah tidurku Illahi?
Sebelum lelap tiada ku menghisap diri
Timbunan dosa kian meninggi saban hari
Ampunannya terlupa aku pinta
Tidur lama tanpa ku zikir padanya
Sering sepertiga malam kuhiasi dengan dengkuran
Kerana sahutan katil lebih kuagungi dari sahutan tuhan
Pohon dari-Mu Ya Rabbi
Agar bias daku mendidik hatiku
Segala-galanya
adalah …untuk-Mu Ya Illahi……

No comments:

Post a Comment

allahuakbar!!

islam untuk semua

anda juga mungkin meminati...

Related Posts with Thumbnails